NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid19: Fahami Kluster PUI Sivagangga



Meneliti Kronologi - Siri 1

Kewujudan Kluster PUI Sivagangga menyebabkan kebimbangan baharu melibatkan zon utara Wabak COVID-19. Ia mula bertapak di Kubang Pasu Kedah dan terkini sampai ke Perlis dan Pulau Pinang. Oleh tu, fahami Kluster PUI Sivagangga ini dari sudut kronologinya.

Pada 26 Julai 2020, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Tiga (3) kes daripadanya adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara: Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Kazakhstan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan Indonesia (1 kes di Kelantan). Sehingga 26 Julai, memang belum ada kes import daripada India yang melibatkan Negeri Kedah.

Pada 27 Julai 2020, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Empat (4) kes daripadanya adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara: Pakistan (1 kes di Sabah); Rusia (1 kes di Selangor); Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Ini bermakna pada 27 Julai, masih belum ada kes import daripada India yang melibatkan Negeri Kedah.

Pada 28 Julai 2020, berlaku ledakan kes baharu penularanan Wabak COVID-19 dengan 39 kes baharu yang telah dilaporkan. Daripada 39 kes, didapati 11 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Terdapat 11 kes import tersebut adalah dari negara: Arab Saudi (1 kes di Sabah); Ireland (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Korea Selatan (2 kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); India (1 kes di Kedah); Rusia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Amerika Selatan (1 kes di Sarawak); United Kingdom (2 kes di Sarawak); dan Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan). Daripada 28 kes penularan di dalam negara, 22 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan enam (6) kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia (22 kes) adalah: Sarawak 19 kes: Tujuh (7) kes daripada Kluster Sentosa; Empat (4) kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching; Empat (4) kes daripada Kluster Satok. Kluster ini diperincikan melibatkan; Satu (1) kes daripada Kluster Mambong; Satu (1) kes daripada Kluster PUI Melbourne; Satu (1) kes saringan pemantauan di pintu masuk lapangan terbang. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; Satu (1) kes saringan kendiri. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; Sabah dua (2) kes saringan pesakit berisiko tinggi, iaitu satu (1) kes di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah; Satu (1) kes di Hospital Lahad Datu; Kedah satu (1) kes daripada Kluster PUI Sivagangga. Kluster ini kemudian menyumbang kepada kes jangkitan dalam negara (6 kes) dalam kalangan bukan warganegara pula, iaitu empat (4) kes daripada Kluster PUI Sivagangga. Ini bermakna mulai 28 Julai, Kluster Sivagangga mula muncul di Kedah.

Ini disahkan KKM iaitu dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti pada 28 Julia, iaitu pertama Kluster PUI Sivagangga, India dan kedua Kluster Satok, Sarawak.

1. Kluster PUI Sivagangga, India : Kes indeks kluster ini merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8,937). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Individu berkenaan kemudian telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut. Selepas itu, saringan ulangan dibuat dan didapati positif dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

Sehinggalah pada 28 Julai 2020, 28 kontak rapat dengan individu dari Sivagangga itu telah disaring dan mendapati Lima (5) dikesan positif COVID-19; dan 23 negatif. Ia menjadi kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan yang didapati menjangkiti empat (4) orang pekerja kedai tersebut yang didapati positif dan merupakan bukan warganegara, manakala seorang (1) lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks. Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis kedai makan tersebut telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman dibuat.

2. Kluster Satok pula dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching berikutan saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Pada 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring, didapati Empat (4) dikesan positif COVID-19 dan 225 negatif. Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan.

Pada 29 Julai 2020, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan melibatkan lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara, iaitu empat (4) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara: United Kingdom (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); India (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Gambia (1 kes di Selangor); dan Ukraine (1 kes di Selangor).

Seterusnya, daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia (3 kes) adalah : Johor satu (1) kes saringan di tempat kerja (iaitu sign-off kapal); Sarawak satu (1) kes daripada Kluster Sentosa; Sabah satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) dalam kalangan bukan warganegara adalah Sarawak satu (1) kes daripada Kluster Mambong; Perlis satu (1) kes saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar. Maka pada 29 Julai, tidak ada kes yang berlaku akibat Kluster PUI Sivagangga. Apa yang ada ialah muncul Kluster Sentosa Sarawak, iatu daripada kapal berlabuh.

Bersambung...

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/08/covid-19-fahami-kluster-pui-sivagangga.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo