Shabudin Yahya dilantik sebagai Timbalan Menteri


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Shabudin mengambil alih portfolio Datuk Eddin Syazlee Sith yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya susulan perletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Menurut kenyataan itu lagi, pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan.

“Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini, 6 Julai 2020,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada 4 Jun lepas, Shahruddin mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta, atas alasan, membuat keputusan kurang tepat menyertai Kerajaan Perikatan Nasional.

"Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,

"Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14," katanya ketika itu.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/shabudin-yahya-dilantik-sebagai-timbalan-menteri-250023
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post