NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

61 kenderaan musnah dalam kebakaran di PPR Gombak Setia


KUALA LUMPUR: Sebanyak 53 buah motosikal dan lapan kereta hangus dijilat api dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.05 pagi, pada Isnin.

"Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian 10 minit kemudian, anggota mendapati api sedang merebak dan dalam keadaan marak.

"Kebakaran melibatkan 53 buah motosikal dan 8 buah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan perumahan tersebut.

"Kebakaran melibatkan hampir 100 peratus bagi 53 buah motosikal manakala 60 hingga 80 peratus bagi lapan buah kereta," kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, PGO JBPM Kuala Lumpur berkata kebakaran berjaya dikawal oleh anggota bomba dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.

Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/61-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran-di-ppr-gombak-setia-249987

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo