Perakaunan moden menggunakan kaedah akruan yang mana pendapatan dan kos diambilkira berdasarkan obligasi undang-undang dan bukannya aliran tunai.
Sebagai contoh, jika kita menjual produk kita berjumlah RM 100,000 secara kredit selama 30 hari kepada pelanggan, penjualan berkenaan sudah diiktiraf sebagai hasil bila obligasi di bawah kontrak di antara kita dan pelanggan sudah disempurnakan. Saya sudah membicarakan perkara ini di dalam perkongsian berkenaan hasil sebelum ini.
Bila obligasi jualan sudah sempurna, jualan sebanyak RM 100,000 akan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan manakala penghutang perniagaan berjumlah RM 100,000 akan dimasukkan ke dalam penyata kedudukan kewangan.
Perkara yang sebaliknya akan berlaku di dalam akaun pelanggan kita. Dia akan mengiktiraf pembelian sebanyak RM 100,000 di dalam penyata pendapatan dan di dalam penyata kedudukan kewangannya ada pemiutang perniagaan dengan jumlah yang sama.
Katakanlah untuk jualan ini kita membeli produk yang dijual dari pembekal dengan kos RM 80,000 secara tunai, kos berkenaan akan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan. Jumlah tunai yang dinyatakan di dalam penyata kedudukan kewangan akan menyusut sebanyak RM 80,000.
Mari kita tengok pengiraan keuntungan dan juga kesan ke atas baki tunai perniagaan.
Baki awal (katakan) 120,000
Penerimaan dari
jualan 0
Bayaran kepada
Pembekal ( 80,000)
————
Baki akhir 40,000
======
Jelas bagi kita keuntungan tidak digambarkan oleh aliran tunai. Inilah sebabnya ada perniagaan yang menunjukkan keuntungan yang tinggi tetapi menghadapi aliran tunai yang ketat.
Sebaliknya boleh berlaku jika kita tidak membayar hutang. Perniagaan boleh rugi tetapi kedudukan tunai boleh nampak kukuh untuk sementara. Bila pemiutang mengambil tindakan undang-undang, barulah kelam kabut.
Keadaan di atas juga menggambarkan kesan polisi kredit kita. Lebih panjang tempoh kredit, lebih lama kita tunggu hasil kutipan jualan kita.
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment