Israel tangkap pakar geografi Palestin


BAITULMAQDIS, 18 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Rejim pengganas Israel makin bertindak melampau apabila menangkap Ketua Jabatan Pemetaan di Arab Studies Society, Khalil Tafakji di Baitulmaqdis tanpa alasan munasabah, lapor Anadolu.

Satu sumber dalam keluarga Tafakji memberitahu kepada agensi berita, polis dan pegawai perisikan Israel menyerbu jabatan itu dan menceroboh harta benda.

Dakwanya, selepas menggeledah rejim Zoinis menangkap Tafakji, yang juga pakar dalam penempatan Israel – memantau jualan hartanah Palestin kepada Yahudi.

Sumber itu, yang meminta tidak disebutkan namanya menjelaskan bahawa polis dan perisikan Israel tidak memberi alasan ketika membuat serbuan dan menangkap Tafakji.

Takfaji adalah pakar terkemuka dalam urusan penempatan Israel dan mendokumentasikan kegiatan mereka di wilayah Palestin yang dijajah.

Sebelum ini pakar Geografi pernah ditahan pada bulan Februari.

Baru-baru ini negara haram Israel telah meningkatkan sasarannya terhadap tokoh-tokoh Palestin di Baitulmaqdais. – Agensi

Sumber: https://ismaweb.net/2020/07/10/israel-tangkap-pakar-geografi-palestin/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post