NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senarai 40 inisiatif di bawah PENJANA


KUALA LUMPUR, 5 Jun -- Berikut adalah 40 inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin:

MEMPERKASAKAN RAKYAT:

1 Program Subsidi Upah - RM5 bilion

2 Menaik Taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara - memberi manfaat kepada 50,000 penganggur

3 Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan - RM1.5 bilion

4 Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran - RM2 bilion

5 Perlindungan Sosial dan Latihan bagi Pekerja Ekonomi Gig - RM75 juta

6 Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel - RM800 juta

7 Subsidi Penjagaan Anak - RM200 juta

8 Subsidi Pengangkutan Awam MY30 - RM200 juta

9 Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas - RM108 juta

10 Skim Kesihatan PEKA B40 - RM50 juta

11 Perkhidmatan Internet untuk Pembelajaran dan Peningkatan Produktiviti - RM3 bilion



MELONJAKKAN PERNIAGAAN:

12 Kempen E-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS - RM70 juta

13 “Shop Malaysia Online” bagi Penggunaan Dalam Talian - RM70 juta

14 Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan - RM700 juta

15 Pusat Sehenti MyAssist SME - RM5 juta

16 Pembiayaan PKS PENJANA - RM2 bilion

17 Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA - RM1 bilion

18 Pembiayaan Mikrokredit PENJANA - RM400 juta

19 Pembiayaan Mudah Bumiputera - RM500 juta

20 Skim SME Go bagi Membantu Aliran Tunai PKS - RM1.6 bilion

21 Mempercepat Pembayaran untuk Rangkaian bekalan GLC dan Syarikat Korporat - untuk memberi manfaat kepada syarikat dalam rantaian bekalan GLC terpilih dan syarikat besar

22 Potongan Cukai untuk Perbelanjaan berkaitan COVID-19 - RM600 juta

23 Sokongan untuk Meringankan beban Kewangan Perniagaan - RM2.4 bilion

24 Melonjakkan Perusahaan Sosial - RM10 juta

25 Memacu Penubuhan Perniagaan Baharu - RM300 juta



MERANGSANG EKONOMI:

26 Dana PENJANA Nasional - RM1.2 bilion

27 National Technology and Innovation Sandbox - RM100 juta

28 Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan - RM20 juta

29 Kempen beli Barangan Buatan Malaysia - RM20 juta

30 ePENJANA - RM750 juta

31 Insentif bagi Sektor Hartanah - RM1 bilion

32 Insentif Cukai untuk Pembelian Kereta - RM897 juta

33 Pelanjutan Waktu Perkhidmatan dalam Normal Baharu - RM20 juta

34 Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Pilihan - RM50 juta

35 Sokongan Sektor Pelancongan - RM1.8 bilion

36 Sokongan bagi Sektor Seni, Budaya dan Hiburan - RM225 juta

37 Sokongan Sektor Pertanian dan Makanan - RM400 juta

38 Sokongan Sektor Komoditi - RM200 juta

39 Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) - untuk memberi manfaat kepada pengilang dan penyewa

40 Sukuk Prihatin - RM500 juta

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo