PRK Chini: Timbalan Ketua Bersatu Pekan isytihar tanding bebas



KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 4 Julai ini.

Bercakap pada sidang media pada Khamis, Tengku Zainul, 64, berkata ia merupakan keputusannya sendiri selepas Bersatu mengambil pendirian untuk tidak meletakkan calon pada PRK tersebut.

BACA: Bersatu beri laluan kepada BN pertahan kerusi DUN Chini - Hamzah

Tambah anak jati Pekan itu yang juga seorang ahli perniagaan, keputusan itu bukan atas desakan mahupun dorongan mana-mana pihak.

Sehingga kini, PRK N23 DUN Chini memperlihatkan pertembungan dua penjuru di antara calon bebas dan Barisan Nasional (BN) yang mempertaruhkan Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, sebagai calon parti itu.

PRK itu diadakan selepas kematian penyandangnya ADUN Chini Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Penamaan calon bagi PRK tersebut dijangka diadakan pada 20 Jun ini, manakala 30 Jun adalah hari undi awal dan 4 Julai merupakan tarikh pembuangan undi.

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post