Pembantu menteri Dap mengamuk.....?


TAWAU, SABAH – Sejak malam tadi tular satu rakaman suara yang dikatakan mirip menyerupai suara Jimmy Wong yang jelas marah kerana ramai usahawan berbangsa Cina di Sabah yang terkena serangan jantung (heart attack) disebabkan terpaksa menanggung kerugian berganda selepas Shafie Apdal enggan meneruskan operasi perniagaan berpilih yang sepatutnya telah dibuka bermula 04 Mei lalu.

SEHINGGA KINI WARTAWAN MALAYSIAKINI2 BELUM DAPAT MEMASTIKAN SAMA ADA RAKAMAN SUARA TERSEBUT MERUJUK KEPADA SERANGAN JIMMY KE ATAS SHAFIE APDAL, DATUK SAFAR UNTONG, (SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH) ATAU INDIVIDU LAINNYA…

Sebaliknya menurut sumber, sekalipun rakaman perbualan suara tersebut ditujukan kepada Safar, Shafie tetap kena bertanggungjawab kerana keputusan menangguhkan operasi perniagaan untuk beroperasi di Sabah telah diputuskan oleh Shafie sendiri.

Jimmy Wong, ADUN Sri Tanjong yang juga Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri dikatakan telah menyatakan banyak Syarikat besar telah ‘mati’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, di antaranya ialah Teck Guan dan beberapa syarikat lain.

Malahan ada di antara rakan niaga (business partner) beliau sendiri yang terkena serangan jantung kerana terlalu tertekan menanggung kerugian.

Sebelum ini ramai usahawan dan peniaga tidak berpuas hati apabila Shafie memutuskan tidak membenarkan sama sekali operasi perniagaan untuk beroperasi di seluruh Sabah bermula 04 Mei walaupun undang-undang telah digubal merujuk kepada arahan PKP yang terbaru. Pada masa yang sama, mereka (peniaga) menyatakan sepatutnya Kerajaan Negeri Sabah sepatutnya boleh mengeluarkan arahan dan memberikan garis panduan SOP yang ketat untuk diikuti oleh peniaga termasuk pelanggan sebelum peniaga memulakan perniagaan mereka.

MENURUT PENIAGA LAGI, KALAU ‘SUPERMARKET’ DIBENARKAN BERNIAGA SEPATUTNYA PERNIAGAAN LAIN JUGA PATUT DIBENARKAN.

Malahan jika mengikut garis panduan SOP yang ketat di antaranya menggunakan penutup muka (facemask), menyediakan penyah-kuman (hand sanitizer) kepada pelanggan, memeriksa suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) dan tidak bersentuhan. Ini akan dapat mengelak daripada COVID-19 menjangkiti pemilik, pekerja dan sesama pelanggan perniagaan tersebut.

Perniagaan pula menurut mereka (peniaga) yang boleh dibenarkan beroperasi adalah yang tidak melibatkan ramai pelanggan untuk datang membeli sebagai contoh perniagaan menjual besi, aluminium, elektrik, kerja-kerja pembinaan, kedai alat ganti kenderaan dan sebagainya.

Tindakan Shafie Apdal yang sehingga kini belum lagi mengumumkan kerangka pakej rangsangan ekonomi untuk melonjakkan ekonomi negeri Sabah turut dipersoalkan oleh beberapa pihak di antaranya Ketua Pemuda UMNO dan penganalisis politik bebas.

“SABAH MEMPUNYAI BEGITU BANYAK HASIL BUMI DAN HARUS DINGAT KEBERGANTUNGAN KEPADA PENDAPATAN MELALUI SUMBER MINYAK DAN GAS SEMAKIN BERKURANGAN. SHAFIE SEPATUTNYA TELAH MENGUMUMKAN APAKAH INISIATIF KERAJAAN UNTUK MENGATASI SITUASI INI.”

Berikut adalah terjemahan sebahagian perbualan Jimmy Wong dalam rakaman audio tersebut yang berdurasi 2 minit 37 saat;
“Teck Guan Group tengah ‘mati’…hampir semua syarikat besar ‘mati’….mereka tiada duit, mereka tiada duit sebab perlu bayar semua gaji pekerja..

“Merisaukan, banyak orang risau..sedangkan ‘partner’ saya, iaitu rakan perniagaan (business partner) selama 20 tahun, diserang sakit jantung sedangkan dia lagi muda dari saya, dia kawan baik saya..dan juga, seorang lagi kawan baik saya, pemilik hotel di Tawau, 50an juga diserang sakit jantung..

“Tahu ka berapa banyak orang yang kamu kira untuk jumlah orang yang sebenarnya mati akibat sakit jantung (heart attack) dan depresi (depression)? Ada kamu dapat kira? Orang mati akibat sakit jantung lagi banyak berbanding orang mati disebabkan COVID..

“Betulkan jawapan tu?..sila bersuara..”

“Saya rasa kalau dalam perniagaan/pemasaran, pengguna (rakyat) sentiasa betul..Rakyat sentiasa betul..Kami adalah sebahagian dalam kerajaan dan negeri..kami adalah rakyat, rakyat selalu betul, tapi bukan kau (shafie)..

“KAU SELALU MEMBUAT KESILAPAN KEPADA MEREKA, ITU MASALAHNYA..”

Kau lebih hebat daripada mereka? Kapten dalam industri? Kau adalah Ketua Menteri yang lebih hebat daripada Kapten dalam industri ini?

“Mereka (ahli perniagaan) telah melalui pelbagai krisis teruk daripada ‘neraka’ seperti saya…krisis ekonomi 1995 sehinga 1997, juga krisis yang berlaku pada 2008, saya telah terselamat daripada ‘Bankrup’..itu antara sebabnya yang kami belajar daripada pengalaman sebelum ini..Kami sedang ‘mati’!!!

“U sendiri mati la, mati saya tidak tau…mati pun kau tidak tau, tolonglah..terus cepatkan, jangan buang masa, jangan minta senarai lagi..

“Kau (shafie) betul-betul ingin rawat industri ini? Saya harap kau bertanggungjawab untuk semua yang berlaku sekarang ini.”

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post