Covid 19: Team A Team B

oleh: Nik Hasyudeen

Satu amalan lazim bila beroperasi secara berhati-hati untuk mengelak dari jangkitan Covid-19 ialah dengan memecahkan kakitangan kepada sekurang-kurangnya 2 kumpulan bagi fungsi-fungsi kerja yang penting. Katakan Tim A dan Tim B.

Kedua-dua kumpulan ini, walaupun mengerjakan pekerjaan yang sama, akan beroperasi dari dua lokasi yang berbeza. Mungkin satu di pejabat dan satu lagi bekerja dari rumah. Tujuannya ialah mengurangkan risiko kesemua kakitangan kena jangkitan.

Bila dipecahkan seperti di atas, jika salah seorang dari Tim A terjangkit dan kesemua ahli Tim A kena kuarantin, Tim B masih ada dan operasi fungsi berkenaan masih boleh diteruskan.

Bagi jenis pekerjaan yang dilakukan di satu lokasi seperti perkhidmatan kaunter, mungkin susah sedikit nak pisahkan pekerja melainkan diadakan giliran, pasukan berbeza bekerja setiap hari atau di dalam tempoh tertentu. Namun, mereka masih menggunakan lokasi yang sama.

Saya yakin, setiap hari kita akan menjadi lebih pandai untuk hidup dengan Covid-19 ini. Ianya bukan terhapus pada 14 Mei, masih lama lagi hayatnya. Tidak ada hari yang salah untuk memulakan langkah untuk meneruskan kehidupan kita.

Jadi kalau ada orang silap buat pada hari pertama tu, kita sabarlah dari menulis atau memberi komen tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Sumber: https://www.facebook.com/hasyudeen/posts/10158321330004655
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post