NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Sidang Parlimen, Ujiian Patuh PKPB

Presiden PAS (Ahli Parlimen Marang) mematuhi PKPB seamasa menghadiri Sidang Parlimen 18 Mei 2020.

Pada hari ini (18 Mei), keseluruhan kes Wabak COVID-19 di seluruh Dunia berjumlah 4,833,610 dengan jumlah pesakit dirawatpulih 1,871,918 (38.73% daripada keseluruahn kes) dan jumlah kematian 317,234. Negara paling bergejala masih kekal teratas ialah Amerika Syarikat dengan jumlah keseluruhan kes 1,529,291 dengan pesakit dirawatpulih sebanyak 346,394 (22.65% daripada keseluruhan kes) dan sebanyak 91,005 kes kematian.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.pada 1 Mac 2020 - Foto ehsan BERNAMA
Pada hari ini juga berlaku titik sejarah Malaysia, buat kali pertamanya berlaku majlis perasmian pembukaan Sidang Parlimen Malaysia bagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dilantik pada 1 Mac lalu. Majlis pembukaan disempurnakan oleh Ucap titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.


Sebenarnya SIdang Parlimen diadakan mengikut jadual dalam situasi Negera sedang berusaha mengekang Wabak COVID-19 dibawah kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Prinsip PKPB ialah 19 Elakkan 3C, Amalkan 3W. Bermakna majlis perasmian Sidang Parlimen sepatunya diadakan dengan mematuhi norma baharu ini (Elakkan 3C - Crowded places, Confined spaces, Close conversation; Amalkan 3W - Wash, Wear, Warn).

Sekaligus, Sidang Parlimen pada pagi tadi adalah ujian bagi ahli parlimen menjayakan PKPB. Apa yang berlaku ada ahli parlimen yang tidak patuh prinsip Elak 3C dan Amal 3W. Seolah-olah mereka kebal daripada Wabak CVODI-19. Lihat watak-watak yang patuh dan tak patuh PKPB.

Semoga Ahli Parlimen kita dapat menunjukkan suri teladan yang selayakknya untuk dibanggakan oleh seluruh Warga Negara.

Hari ini (18 Mei), perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia menunjukkan 47 kes baharu, 44 kes berjaya diraeatpulih dan kosong kematian. Hari adalah kali pertama dalam seminggu, jumlah kes baharu lebih tinggi berbanding kes rawat pulih. Ini suatu pertambahan kes baharu yang masih rendah (dua digit).

Perkembangan Wabak COVID-19 juga boleh dilihat aspek pola penularan berpandukan kelok yang menurun-menaik bagi kes baharu. Ia dilihat tidak stabil dari segi pola menurun.


Keupayaan perubatan KKM dibuktikan menerusi jumlah sedang dirawatpulih yang menurun setiap hari.


Sementara kes rawatpulih didapat bertambah setiap hari semenjak 4 Mei hingga ke hari ni. Ini menujukkan tahap pemulihan yang disokong oleh kesungguhan pasukan perubatan dan komitmen pihak Kerajaan dalam mempastikan pesakit termasuk yang dirawat di ICU berjaya dipulihkan.



Secara keseluruhannya, pola menurun kes baharu amat penting dan ia merupakan kesan langsung daripada langkah pencegahan dan penularan Wabak COVID-19, termasuk juga sikap dan disiplin orang ramai memeatuhi PKPB.

Semoga Allah merngurniakan penyelesaian dan kesudahan yang terbaik bagi Negara dan warga Malaysia dengan terangkatnya Wabak COVID-19 ini daripada terus menggerunkan kita semua.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo