NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Perkembangan Global Setengah Juta Seminggu



Dalam tempoh seminggu (16-22 Mei 2020), jumlah keseluruhan kes Wabak COVID-19 di peringkat Global (seluruh negara di dunia) telah bertambah kira-kira setengah juta kes. Pada 16 Mei dilaporkan jumlah keseluruhan kes ialah 4,679,698 kes dan pada hari ini 22 Mei (setakat jam 8.00 pagi) berjumlah 5,208,836 kes. Jumlah pertambahan dalam seminggu ialah 529.138 kes.

Sementara jumlah kes baharu yang bertambah secara hariannya terkumpul seminggu berjumlah 333,390 kes dengan jumah teramai yang dilaporkan ialah pada semalam (21 Mei) berjumlah 107,085 kes. Pada hari ini, jumlahnya adalah kecil disebabkan data kemaskini setakat pagi tadi. Maka kita percaya kemaskini sebelah petangnya nanti akan bertambah lebih besar.

Bagi jumlah kematian pula, dalam seminggu dunia menyaksikan pertambahan kematian terkumpul seminggu ialah 24,306 kes, Bagi jumlah kumulatif kematian pada hari ini berjumlah 334,862 kes dan pada 16 Mei lalu berjumlah 310,556 kes. Sementara kes kematian harian dalam seminggu ini berjumlah 11,848 kematian.



Perkembangan yang agak menarik ialah jumlah pesakit yang dirawatpulih (jumlah pulih) dalam seminggu ini ialah seramai 304,123 orang. Jumlah ini jika dikadarkan dengan pertambahan keseluruahan kes dalam seminggu maka 57.48% pesakit yang pulih. Namun jika kes dirawatpulih ini dikadarkan dengan keseluruhan kes secara harian, maka peratusan sekitar 40% sahaja. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding dengan prestasi rawat pulih di Malaysia pada hari ini (22 Mei) ialah 82.09%. Ini bermakna masih banyak negara menghadapi kesukaran dalam pengurusan perawatan pesakit COVID-19.

Akhirnya, data di atas menunjukkan jumlah pesakityang sedang dirawat di hospital atau pusat perubatan pada 16 Mei berjumlah 2,580,662 orang dan pada hari ini jumlah terkumpul bertambah sebanyak 200,709 kes menjadikan terkumpul berjumlah 2,781,371 orang. Daripada jumlah ini, kira-kira 45,000 berada di dalam gejala serius atau kritikal. Jika jumlah sedang dirawat ini dikadar dengan jumlah keseluruhan kes, maka kira-kira 53.4% beada di hospital.

Bersama-samalah kita bekerjasama bagi meningkat keazaman ke arah mengekang penulran Wabak COVID-19 ini. Jika tidak, dengan jumlah lebih 5 juta kes Wabak COVID-19 ini mungkin wabak agak berterusan sehingga penghujung tahun.

Semoga Allah permudahkan usaha pencegahan bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19 kali ini.
Wallahu'alam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/05/covid-19-perkembangan-global-setengah.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo