1. Sejarah tercipta dalam Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
2. Dalam ucapan Titah Diraja sebentar tadi, Baginda telah menyentuh mengenai strategi geopolitik bagi mempertahankan kepentingan strategik kita di Laut China Selatan.
3. Secara spesifik baginda mengiktiraf strategi kita dalam mengimbangi 'persaingan ketenteraan kuasa-kuasa besar'.
4. Titah Baginda ini tentulah berkait rapat dengan kejayaan kita menyelesaikan eksplorasi kapal West Capella yang dikontrak Petronas di Laut China Selatan meski pun diasak hebat oleh kapal-kapal China.
5. Sebagai sebuah negara kecil dengan ekonomi terbuka, kita berjaya mengimbangi tindak-tanduk China dengan diplomasi di balik tabir dan juga 'external balancing' dengan kehadiran Amerika Syarikat yang memiliki kepentingan tersendiri di rantau Indo-Pasifik ini.
6. Malah, dalam titah ucapan hari ini, Baginda menitahkan supaya 'domain maritim' terus diperkasakan dalam memelihara kepentingan strategik kita di Laut China Selatan.
7. Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana Titah Diraja hari ini membuktikan betapa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bukan sahaja menitikberatkan kestabilan kerajaan dan kebajikan rakyat Baginda, bahkan juga prihatin dengan kepentingan strategik geopolitik kita di Laut China Selatan.
Daulat Tuanku!
***Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan pengesanan klust...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment