NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

35 ADUN menghadap Sultan Kedah pagi ini


ALOR SETAR, 22 Ramadan 1441H, Jumaat – Seramai 35 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Alor Setar bermula 10 pagi ini.

Ia susulan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri itu Selasa lalu.

Sumber berkata, wakil rakyat PN semua mereka akan menghadap bermula 10 pagi hingga 11 pagi ini, manakala ADUN Pakatan Harapan dijangka berbuat demikian pada sebelah petang.

Menurutnya, proses itu diadakan selepas 23 Adun PN menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong kepimpinan baharu bagi menggantikan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Bagaimanapun hanya 35 ADUN yang akan menghadap kecuali Mukhriz.

"Doakan semuanya baik-baik saja," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu tular sepucuk surat pemakluman tarikh Pra Persediaan Sesi Raptai dan Majlis Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah Darul Aman semalam.

Bagaimanapun menurut sumber lagi, ia adalah majlis mengangkat sumpah semula ahli Exco selepas tamat tempoh berkhidmat sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada majlis terbabit akan berlangsung Ahad ini atau sebaliknya memandangkan perkembangan terbaru politik Kedah ketika ini.


Sumber: https://ismaweb.net/2020/05/15/35-adun-menghadap-sultan-kedah-pagi-ini/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo