NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga FELDA Terengganu hargai kecaknaan Menteri

oleh:NARAZA MUDA

Dengan kecaknaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyalurkan sumbangan dari FGV Holdings Berhad (FGV) terus kepada Ahli Parlimen yang mempunyai kawasan Tanah Rancangan FELDA di Terengganu khasnya banyak membantu warga FELDA di sini meringankan bebanan waktu ini.

Pihak NGO GENERASI yang telah diamanahkan membuat penyelarasan agihan sumbangan ini telah selesai membuat agihan serahan kepada wakil peneroka atau pihak pengurusan Felda.

Tempoh urusan barangan dikumpulkan dan jadikan satu set lengkap kegunaan harian dapat di selesaikan hanya dua hari sahaja melibatkan beberapa pusat pengumpulan dan disertai tenaga sukarelawan Bencana GENERASI serta dibantu dua ngo lain MBFM dan SGBF.

Penyerahan barangan pada 31 Mac 2020 di Ketengahjaya kepada wakil-wakil tanah rancangan Felda disempurnakan bersama oleh Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Parlimen Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid, Ahli Malis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ustaz Saiful Bahari Mamat dan Adun Kemasik Ir. Saiful Azmi serta Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Mohd Helmi Fakhzan Abd. Wahab.

Manakala penyerahan di Parlimen Hulu Terengganu disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Mahyudin Abdul Rashid di FELDA Bukit Bading pada sebelah petang hari yang sama.

Sumbangan ini mampu membantu sebahagian besar 7459 peneroka FELDA di 20 tanah rancangan serta anak-anak generasi kedua yang masih menetap bersama bersama keluarga.

Sumbangan ini melibatkan Parlimen Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Bagi Parlimen Setiu dan Besut diuruskan oleh Jawatnkuasa di bawah Ahli Parlimen dan Pegawai penyelaras Parlimen.

Pihak Kerajaan negeri sebelum ini sudah menyalurkan bantuan dengan beberapa fasa penyampaian melalui pihak ADUN dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri masing-masing.

GENERASI mengucapkan Terima kasih kepada Menteri, FGV, Kerajaan Negeri dan seluruh pihak yang membantu bagi memastikan kelancaran sumbangan sampai ke sasaran dalam tempoh terdekat ini.


Penulis adalah Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo