NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudahkah titik pulangan modal anda berubah?


Covid-19 telah menyebabkan pelbagai perkara berubah. Banyak perniagaan yang kena disusun semula, bukan sahaja dari segi operasi tetapi model perniagaan itu sendiri mungkin perlu penilaian semula.

Bagi perniagaan yang masih boleh terus beroperasi, mungkin perkara utama yang menjadi fokus usahawan ialah aliran tunai. Ini adalah kerana banyak kos tetap yang masih perlu dibayar. Tadi saya jumpa seorang usahwan yang berniaga nasi. Sewa kedai sahaja RM 3,000 sebulan. Tu belum gaji kakitangan lagi.

Katakan purata harga sebungkus nasi ialah RM 5 dan purata kos berubah (bahan, upah dsb) adalah RM 3, margin sumbangan bagi setiap bungkus nasi ialah RM 2. Untuk bayar sewa sahaja, dia kena jual RM 3,000/RM2, 1,500 bungkus sebulan. Jika kos tetap beliau merangkumi gaji, sewa, utiliti dan sebagainya, jumlah jualan harian kena tinggi lagi.

Walau bagaimana pun, bila ada perubahan di dalam perniagaan, kadar keuntungan dan struktur kos tentunya sudah berubah. Ini memerlukan titik pulangan modal dikira semula.

Bagi perniagaan yang menjual satu produk sahaja, titik ini dikira dengan membahagikan kos tetap dengan margin sumbangan (contribution margin) satu produk yang dijual. Ianya akan memberikan bilangan produk yang kena dijual bagi menampung kos tetap. Margin sumbangan ini dikira dengan menolak kos berubah (variable cost) dari harga jualan satu-satu produk.

Jika ada banyak produk pengiraannya rumit sedikit kerana margin sumbangan setiap produk tidak sama melainkan perniagaan menggunakan polisi setiap produk dijual dengan kadar keuntungan yang sama. Jadi kena kira nisbah margin sumbangan berdasarkan satu potfolio produk yang dikira menggambarkan corak jualan perniagaan.

Untuk mengira perkara-perkara di atas kena ada rekod perniagaan yang disimpan dengan baik. Ini masalah utama kebayakan usahawan kerana perkara rekod dan perakaunan sering diabaikan.

Kalau susah sangat nak faham tak apa. Carilah akauntan profesional yang boleh tolong kirakan. Yang pentingnya usahawan kena faham, perubahan persekitaran perniagaan mungkin menyebabkan perubahan di dalam perniagaan kita pula.

Sumber: https://www.facebook.com/hasyudeen/posts/10158254384954655

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo