NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa surat Hadi dijadikan polemik?

oleh:Nor Azizuddin Abdul Manan

Politik | "Entah Apa Yang Merasukimu" - Menjawab tuduhan liar ke atas surat YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kepada Pemimpin Gerakan Islam di Timur Tengah bertarikh 22 Mac 2020.

Part 1 : Pengenalan Surat
Saya sudah membaca versi asal surat berkenaan dalam Bahasa Arab, dalam surat tersebut dinyata secara kronologi bagaimana Kerajaan PH boleh tumbang dan dinyatakan juga sebab musabab Kerajaan PH tumbang termasuklah pergolakan dalaman yang berlaku didalam PH yang mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM bagi menggantikan Tun M (baca : Perebutan Kuasa).

So, bagi saya tak ada apa-apa masalah pun dalam surat berkenaan. Cuma sekarang ini, puak PH memainkan sentimen mengatakan TGHH memfitnah Anwar Ibrahim yang kononnya disokong oleh Amerika Syarikat, Freemason dan Iluminati(?) dan mengaitkan PAN sebagai parti Islam liberal.

Part 2 : Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat
Saya cuma tertarik dengan satu baris ayat didalam mukasurat 3 Surat (Versi Arab) berkenaan yang menyebut "Anwar Ibrahim" disokong oleh "Amerika Syarikat", "Eropah", "Singapura", "Freemason", dan "Zionis".

"Anwar Ibrahim (AI)"

Kenapa nama AI disebut secara jelas dalam surat berkenaan ?. Korang masih ingat lagi tak ucapan TGHH semasa permsyahuran Muafakat Nasional pada 14 September 2019 di PWTC [1] yang menggunakan analogi "tikus yang mempunyai kuman yang merbahaya" disusuli dengan "hantu-hantu penjajah","kuda kayu yang ditunggang" dan "potongkan tangan-tangan yang melambai makhluk asing untuk mengacau negara kita".

Jika diinterpretasikan secara mendalam, kesemua analogi itu menjurus kepada sikap AI yang sememangnya mempunyai hubungan dengan entiti luar yang dinyatakan oleh TGHH dalam ucapannya semasa Perhimpunan MN 2019.

Kenapa AI dijadikan asas dalam surat berkenaan. Perlu saya nyatakan disini, AI bukan calang-calang pemimpin, beliau mempunya satu karektor "victims of circumstance" yang mampu meraih simpati pihak luar demi karier politiknya. Ingat, impian AI hanya satu, menjadi Perdana Menteri yang dimusnahkan oleh Tun M pada tahun 1997.

Simpatisan AI juga bukan calang-calang individu. Saya masih ingat ketika AI bebas daripada penjara semasa Pak Lah menjadi PM5. AI terus meninggalkan bumi Malaysia menuju ke "Amerika Syarikat". Kenapa di Amerika Syarikat (US) ?. Sebab disinilah simpatisan AI berkumpul.

Di US, AI menerima pemasyhuran sebagai "Distinguished Visiting Professor" di SAIF, John Hopkins University [2] dan CUMC, Georgetown University [3]. AI juga dilantik sebagai "Future Speaker" dan "Founder Scholar" di The Woodraw Wilson Center dan the International Institute of Islamic Thought (IIIT) [4] . Kenapa AI dikurniakan sebegitu banyak gelaran "Professorship". Hal ini kerana AI merupakan 'Pecksniffian-person' yang mempunyai "pelbagai wajah". Bukan orang lain yang memberikan gelaran tersebut, sahabat rapatnya seperti Dr Sidek Baba dan Ustaz Ismail Mina dan beberapa orang lagi sendiri yang memberikan gelaran tersebut.[5]

'Professorship' yang digelar oleh AI adalah disebabkan oleh Pemikiran Islam Moderat yang dipakainya sehingga ke hari ini. Barat begitu 'reflective' dengan membina program 'Muslim Moderat' mengikut aspirasi Barat dengan tajaan kewangan Foudation For The Future, The Brookings Institute, The Rand Corps, The Sasakawa Peace Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Stiftung dan Friedrich Naumann Foudation yang sebahagiannya mendanai perjalanan politik AI sendiri.

AI + Muslim Moderat = SEPILIS

Muslim Demokrat sebagaimana Pasca Islamisme tidak mempunyai definisi dan konsep yang jelas. Bagi mudah difahami, Muslim Demokrat lahir daripada kandungan SEPILIS. Apakah itu SEPILIS ? :

SE = Sekularisme

Pemisahan antara peranan jemaah Islam dengan parti politik mengambarkan sifat sekularisme yang ada dalam pemikiran pimpinan kelompok Muslim Moderat/Demokrat. Cuba tengok PKR, dimanakah konsep Islam yang diperjuangkan ?. Tidak ada kan ?.

PILIS = Pluralisme Islamis dan Liberalisme Islamis

AI memanipulasikan golongan agama yang menganggap hanya satu ajaran asasi (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut. Cuba lihat bagaimana PKR mengimplementasikan Islam yang diacuankan.

Rasanya, tak perlulah saya mengulas panjang, siapa yang menjadi tulang belakang kepada program "Muslim Moderat" yang menjadi rangka "SEPILIS" bagi menghancurkan sesebuah negara. Jika begitu, benarlah apa yang termaktub didalam karya Angel Rabasa etc (2007).[6]

AI + Muslim Moderat + SEPILIS = Parti Islam Moderat

Mungkin ada yang kurang faham, bagaimana sebuah parti Islam Moderat boleh tertubuh di Malaysia. Jika ada pun, umum akan mengaitkan dengan gerakan G18 (bekas Pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan PAS 2015). Saya boleh akui, betul. Tapi sebenarnya, penubuhan satu lagi parti politik Islam Moderat ini sebenarnya bermula lebih awal daripada itu lagi. Penggerak SEPILIS inilah yang menjayakannya dengan 3 pendekatan :

Pertama : Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka ‘nation state’ iaitu bergerak dalam
kerangka Perlembagaan Persekutuan. Namun, permulaannya mestilah bermula dengan kader-kader yang dilatih dalam "Sekolah Pemikiran" yang ditubuhkan seperti Sekolah Demokrasi (Tajaan DAPSY), Keadilan Executive Internship Program (KEIP-Tajaan PKR) dan Sekolah Politik (Tajaan IKD). Alumni daripada sekolah pemikiran inilah yang menyebarluas konsep Muslim Moderat + SEPILIS ini di Malaysia.

Kedua : Menjana gagasan neo-fundamentalisme ke arah penyatuan ummah yang universal berteraskan syariah. Inilah yang Mujahid buat ; mengunakan Maqasid Syariah, Fiqh Muwatanah dan kemuncaknya kempen "Islam Rahmatan Lil Alamin". Perasan tak ada hubung kait dengan SEPILIS tadi ?.

Ketiga : Tindakan politik perlu mengatasi ideologi sesebuah organisasi. Jadi penubuhan Pakatan Harapan sebenarnya menyatukan semua ideologi dalam parti-parti politik gabungannya dengan satu prinsip ; "EQUALITY". Jadi, tidak ada beza semua agama, budaya dan sosial dalam PH, semuanya adalah sama. Saya ulang, S.A.M.A !.

Part 3 : Jaringan 'Persahabatan' AI

'Persahabatan' AI bukanlah sesuatu yang baru, ia bermula sejak tahun 1980an lagi. Apabila AI aktif dalam WAMY (World
Assembly of Muslim Youth) diikuti dengan AI menjadi 'Founder Scholar' dengan tertubuhnya IIIT (The International Institute for Islamic Thought), berpengkalan di Herndon Virginia yang ditubuhkan pada tahun 1980 oleh para pimpinan WAMY seperti Dr. Jamal Barzinji, Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman , Dr. Ahmad al-Haj Totonji Dr. Ismail R. Faruqi. Para pengasas IIIT juga merupakan kelompok reformis dalam Ikhwan Muslimin Alami (Ikhwan Alami') yang terhasil daripada pertembungan dalaman sehingga mencetuskan konflik organisasi Ikhwan Alami'.

Kedua, AI juga mendapat simpatisan daripada pentadbiran Rumah Putih (WH) dan NGO berpengaruh di Washington D.C. Saya masih ingat semasa awal kemunculan gerakan Reformasi pada tahun 1997 selepas AI dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Selain Al Gore yang menunjukkan sokonga kepada AI, terdapat seorang lagi pemimpin yang berpengaruh yang memberikan sokongan kepada AI iaitu Paul Wolfowitz (PW). PW ialah ahli dalam gerakan Masonic (Freemason) dan individu penting yang melaksanakan agenda rahsia WH dibawah pentadbiran George W. Bush ketika itu yang dikenali sebagai 'The Project for a New American Century'. Pelan ini telah didedahkan dalam sebuah tesis oleh Ida Sofia Vaa (2005). [7]. Perlu diingatkan juga, PW dan Bush merupakan ahli dalam "Skull and Bones", cabang gerakan Masonic semasa mereka menuntut di University of Yale. PW ini juga yang merencanakan supaya diwujudkan sebuah gerakan Islam yang bertujuan memecah belahkan kesatuan tersebut. Jika tidak masakan Cheryl Benard (2003) telah memperjelaskan bagaimana tindakan Muslim Demokrat untuk memusnahkan gerakan-gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam dinegara masing-masing. [8]

Ketiga, pendanaan daripada NGO US dan Eropah. Memastikan perancangan Muslim Moderat dijalankan dengan sempurna, sumber kewangan disediakan. Bukan sedikit pelaburan mereka. Pendanaan ini datangnya daripada jalur US sendiri antaranya, Smith Richardson Foundation (yang melabur didalam RAND Corp), Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World (tajaan Hillel Fradkin dari Hudson Institute),The Washington Institute for Near East Policy (tajaan Dennis Ross dan Robert Satloff), US Commission on International Religious Freedom (tajaan Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott
Flipse), Freedom House (tajaan Paul Marshall), majoriti penaja NGO-NGO tersebut adalah ahli tetap dalam gerakan Masinic (Freemason Antarabangsa). Manakala dari jalur Eropah datangnya daripada Konrad-Adenauer-Stiftung (KAD, berpusat di Jerman mempunyai cawangan di Pulau Pinang). Manakala di Asia Tenggara, ISEAS antara tink-tank Kerajaan Republik Singapura.

Part 4 : Kesimpulannya

Berasaskan kepada analogi ucapan TGHH di Perhimpuan Ummah - Maufakat Nasional pada 14 September 2019 jelaslah difahami siapa yang dimaksukan oleh TGHH "Tikus", "Penjajah" dan "Potongkan tangan" yang mengganggugugat sistem dan kestabilan politik di negara tercinta ini. Maka, saya dapat menyimpulkan keseluruhan kandungan surat TGHH kepada seluruh pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah adalah satu bentuk amaran akan ancaman yang telah berlaku di Malaysia sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Yang pastinya kita tidak lupa siapa yang mengungkap ayat, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" pada tahun 2012. Kepada Allah, saya berserah.

***Nor Azizuddin Abdul Manan ialah Calon Doktor Falsafah (Sejarah Politik Malaysia)
USM, Pulau Pinang

Rujukan :

[1] Abdul Hadi Awang. (2019). Ucapan Perhimpunan Ummah - Maufakat Nasional, PWTC : Kuala Lumpur, https://www.youtube.com/watch?v=JBzcbO92m8Y&t=1484s , dicapai pada April 5, 2020

[2] ____. (Mar 31, 2005). Anwar Ibrahim to join Johns Hopkins, Al Jazeera. Dicapai daripada https://www.aljazeera.com/…/2005/03/2008410113237403409.html pada Apri 5, 2020

[3] Sumana R. (2005). Human Rights and Politics: An Asian Perspective, Rackham: University of Michigan. Dicapai daripada http://fordschool.umich.edu/files/AnwarIbrahimFlyer.pdf pada April 5, 2020.

[4] Ermin S. (2013). Woodrow Wilson Center Sponsors Event With IIIT; Anwar Ibrahim Featured Speaker, Hudson Institute : Washington D.C , dicapai daripada https://www.globalmbwatch.com/…/woodrow-wilson-center-spon…/ pada April 5, 2020. Lihat pada Steven Merley. (2009). The Muslim Brotherhood in the United States, Hudson Institute : Washington D.C, dicapai daripada https://www.hudson.org/…/…/20090411_merley.usbrotherhood.pdf pada April 5, 2020.

[5] Manusia Pelbagai Wajah. (2013). Dicapai daripada https://www.youtube.com/watch?v=VrRZ27MdZVg pada April 5, 2020.

[6] Angel R. etc. (2007). Building Moderate Muslim Networks. Santa Monica: RAND Center for Middle East Public Policy

[7] Vaa, Ida Sofia. (2005). Project for the New American Century: How One Think Tank May Influence American Foreign Policy, Oslo: University of Oslo, hal 29-39.

[8] Cheryl B. (2003). Civil democratic Islam, partners, resources, and strategies. Santa Monica: RAND National Security Research Division,hal. 47-66

Penafian : Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja.

Sumber: https://www.facebook.com/norazizuddin/posts/2819321724820542

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo