Kaedah Kuarantin Masyarakat Melayu 1800



Berkongsi tulisan Aiza Maslan @ Baharuddin dalam Jurnal Sejarah, (www.my.jurnal.my)

Menurut catatan Thomas Braddell (1823-1891) dalam satu lawatan ke Segamat, Johor pada awal tahun 1850 an, dia telah melawat sebuah kawasan yang dikuarantin.

Caranya agak unik dan bersesuaian dengan zaman tersebut yang menggunakan hutan sebagai laluan utama selain laluan sungai.

Di kawasan itu terdapat seutas tali yang diregang diantara dua batang kayu dan beberapa helai daun atau putchoh (pucuk) digantung di atas tali berkenaan. Isyarat berkenaan berkenaan menandakan larangan memasuki kawasan terbabit berikutan wabak cacar yang melanda 30% penduduk Muar pada waktu itu.

Berlainan pula dengan kaedah kuarantin yang digunakan di Biserat, Pattani pada tahun 1890an.
Kaedah ini hampir sama digunakan di Kelantan.

Mereka mengepung kawasan rumah yang dijangkiti penyakit wabak dengan rotan dini yang dikat dari batang ke batang dengan benang jawa yang dipintal. Manakala pintu masuk rumah yang dikepung pula di tanam dua batang pohon bidara pahit secara menyilang. Kepahitan pohon bidara tersebut dapat menghalau semangat jahat disebabkan oleh cacar (smallpox).

Dukun DiRaja yang mengepung rumah tersebut mensyaratkan kuarantin selama 10 hari kepada mereka yang terkena wabak. Orang luar juga tidak dibenarkan melintas kawasan tersebut. Denda sebanyak $5.00 akan dikenakan kepada yang melanggar perintah. Setiap rumah yang dijangkiti wabak membayar 15 sen untuk upacara tersebut kepada Dukun DiRaja.

Sumber: Aiza Maslan @ Baharudin, Sistem Kuarantin di Tanah Melayu, Jurnal Sejarah, www.my.jurnal.my.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!
Previous Post Next Post