NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inti pati laporan 2019 oleh Bank Negara Malaysia


KUALA LUMPUR, 3 April -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan tiga laporan, iaitu Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019; Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 serta Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019.

BNM mengambil pendekatan berbeza kali ini bagi ketiga-tiga laporan itu yang bertujuan memberi lebih pemahaman kepada kalangan pihak berkepentingan utama dengan mempelbagaikan tahap aspek teknikal dalam penerbitan berkenaan.

Laporan Tahunan BNM 2019 yang memperincikan operasi bank pusat pada 2019, dihasilkan untuk menjangkau khalayak ramai supaya mereka dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang mandat dan pelbagai fungsi BNM.

Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 pula merupakan penerbitan yang lebih bersifat teknikal dan menumpukan penilaian dan unjuran BNM mengenai keadaan dan perkembangan ekonomi.

Dalam pada itu Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019 yang diterbitkan dua kali setahun, juga adalah penerbitan yang teknikal dan mengandungi analisis penilaian risiko serta unjuran oleh BNM berkaitan kestabilan kewangan.

Secara keseluruhannya, berikut adalah initi pati daripada ketiga-tiga laporan tersebut:

  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan di antara -2.0 dengan 0.5 peratus tahun ini (2019: 4.3 peratus)
  • Inflasi keseluruhan diunjurkan secara purata dalam julat -1.5 hingga 0.5 peratus pada 2020 (2019: 0.7 peratus), terutama mencerminkan harga minyak mentah dan komoditi global yang lebih rendah
  • Ekonomi Malaysia dijangka kembali ke tahap normal pada 2021, sejajar dengan unjuran pemulihan dalam ekonomi global
  • Dasar monetari pada 2020 akan memberikan tumpuan pada usaha menyediakan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi domestik dalam persekitaran tekanan harga yang lemah.
  • Lebihan akaun semasa diunjurkan mengecil kepada 1.0 hingga 2.0 peratus daripada KDNK pada 2020 (2019: 3.3 peratus daripada KDNK)
  • Ekonomi global dijangka mencatatkan pertumbuhan negatif pada 2020 berikutan pandemik COVID-9 yang sedang berlaku
  • Tabung Kewangan Antarabangsa menjangkakan kemelesetan berlaku pada 2020 namun turut mengunjurkan keadaan pulih pada 2021
  • Prospek pertumbuhan global akan bergantung kepada sejauh mana pandemik COVID-19 itu dapat dibendung dan berakhir
  • Prospek pertumbuhan negara serantau termasuk China dijangka lemah
  • BNM akan memberi tumpuan kepada memberi sokongan terhadap pertumbuhan ekonomi domestik, sebagaimana dibuktikan menerusi langkah pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) pada Januari dan Mac 2020 membabitkan 50 mata asas kepada 2.50 peratus
  • BNM akan menerbitkan pelan tindakan berikutnya untuk sektor kewangan pada 2021
  • BNM akan membayar dividen lebih tinggi sebanyak RM3.5 bilion kepada kerajaan bagi 2019 iaitu meningkat 40 peratus daripada tahun sebelumnya berjumlah RM2.5 bilion
  • BNM menjana keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM8.93 bilion pada tahun lepas (2018: RM7.52 bilion)
  • Aset-aset BNM berjumlah RM451.6 bilion (2018: RM447.64 bilion) dengan portfolio rizab antarabangsa pada RM424.09 bilion merangkumi 94 peratus daripada aset-aset BNM setakat 31 Dis, 2019
  • BNM akan melaksanakan keperluan Akta Mata Wang 2020 melibatkan pelaksanaan rejim pendaftaran untuk mengawal selia pihak pemproses mata wang
  • Sektor insurans dan takaful mengekalkan penampan modal yang kukuh pada separuh kedua 2019, jauh melebihi paras pengawalseliaan yang ditetapkan pada 130 peratus

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo