Hebatnya Ketokohan Ilmuwan Islam Ibnu Sina.



Di sebalik penularan wabak pandemik Covid-19 yang kian mencengkam dunia, kita mengimbau kembali ke masa silam kepada penemuan saintifik oleh Ibnu Sina.

Dengan kepakaran beliau dalam pelbagai bidang, daripada matematik, astronomi dan perubatan, Ibnu Sina adalah seorang ilmuwan Islam dan bapa kepada perubatan moden terawal. Dikenali sebagai Avicenna di dunia barat, beliau adalah “ genius “ dalam bidang saintifik yang memainkan peranan penting dalam mempelopori kaedah bagaimana untuk mengawal wabak yang mampu membawa maut lebih kurang seribu tahun dahulu.

Ketika mana dunia moden sedang bergelut dengan wabak Covid-19, langkah pertama yang diambil oleh WHO untuk “ flattening the curve “ jangkitan wabak Covid-19 ialah mengetengahkan kaedah kuarantin yang dipelopori oleh Ibnu Sina dalam mengawal ledakan jangkitan yang merebak di antara sesama manusia.

Dalam karya agungnya “ The Canon Of Medicine “ yang diterbitkan pada tahun 1025, Ibnu Sina berhujah bahawa tempoh kuarantin selama 40 hari adalah penting untuk melemahkan penularan wabak penyakit berjangkit.

Tahun – tahun kemudiannya dan sehingga ke hari ini, karya agung Ibnu Sina “ The Canon Of Medicine “ telah menjadi penanda aras dan rujukan perubatan moden dimana begitu banyak sekali karya agung Ibnu Sina ini digunakan sebagai bahan rujukan utama komuniti perubatan dunia selama lebih kurang 600 tahun.

https://www.trtworld.com/magazine/how-ibn-sina-s-work-became-a-guiding-light-for-scientists-facing-contagions-35440
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post