NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadi Awang dilantik duta khas bertaraf menteri


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkuatkuasa serta merta.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan pada Khamis.

Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Univeristi Al-Azhar, Mesir merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004 disenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hadi-awang-dilantik-duta-khas-bertaraf-menteri-236476

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo