NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di Rumah Pun Kami Tidak Dibenarkan Berniaga



Sebelum ini, kami menerima arahan tentang larangan berniaga di premis kami sendiri di Medan Selera. Kami dicadangkan untuk berniaga di rumah sahaja.

Hari ini kami didatangi oleh penguatkuasa Majlis Daerah Batu Gajah sebanyak dua kali. Kami pertama, penguatkuasa tersebut memaklumkan tidak salah berniaga di rumah, cuma jaga penjarakan sosial. Beliau siap tanya, kenapa tak berniaga di kedai je? Aku pelik. Aku cakap la sebelum ini aku tanya YDP MDBG, dia kata tak boleh sebab atas arahan MKN. Dia cakap berniaga je kt kedai, tak ada masalah. Kami pun lega, dan berkira-kira untuk berniaga di kedai semula.

Tak sampai sejam selepas itu, penguatkuasa itu datang balik. Dia kata, baru dapat tahu, berniaga di rumah juga tak boleh. Dia kata tak boleh pamerkan makanan, hanya masak di rumah untuk COD sahaja. Pembeli pun tidak boleh datang membeli di rumah. Beliau mengarahkan kami tidak berniaga di rumah selepas ini.

Aku tanya pada dia, apa beza kami pamerkan makanan dengan kedai mamak dan KFC pamerkan makanan di premis mereka? Dan apa beza pembeli datang beli di rumah dengan pembeli datang kedai mamak dan KFC? Penguatkuasa itu gagal memberi jawapan yang meyakinkan.

Aku pun pelik, arahan yang dikeluarkan kerajaan ini seolah-olah hanya memberi faedah kepada entiti besar sahaja dan membelakangi peniaga kecil yang berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Adalah tidak adil kita membenarkan kedai-kedai besar berniaga tetapi tidak membenarkan peniaga kecil berniaga sedangkan peniaga kecil ini mengikut kriteria yang ditetapkan sama seperti kedai-kedai besar seperti KFC, McD, kedai mamak dan sebagainya.

Aku tidak salahkan penguatkuasa tersebut kerana beliau hanya menjalankan tugas, aku ucap terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang kami. Tapi aku cakap, nk larang biarlah adil. Jangan kerana namanya restoran mereka dibenarkan berniaga tetapi peniaga kecil tidak boleh sedangkan tiada bezanya antara kami yang turut akan ikut segala kriteria yang diberikan. Janganlah double standard dalam penguatkuasaan.

Selepas itu, jiran aku yang turut berniaga datang tanya aku, macam mana ni? Esok boleh ke berniaga lagi. Aku kasihan pada mereka. Mereka berusaha juga untuk berniaga mencari rezeki untuk keluarga, namun turut 'diganggu' oleh sang penguasa sedangkan kedai-kedai mamak, KFC dan sebagainya tenang meneruskan operasi tanpa dengan tenang tanpa takut dengan apa-apa gangguan dan ancaman!

Sumber: https://www.facebook.com/faeez.azahar/posts/3707310432618710
( Hide )
  1. Peniaga ni tak faham pkp tu apa.. Klu meniaga kat rumah buat lah cod.. Seorang pekerja htr makanan yg di tempah ke rumah2 pelanggan.. Org ramai tak keluar dtg kedai atau rumah.. Apa beza kita berniaga kat bazar atau rumah sendiri, kita seolah olah jemput pembeli keluar rumah beramai ramai.. Pkp ni stay at home.. Faham kot abg peniaga

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo