NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimanakah solat petugas yang memakai PPE (Personal Protection Equipment?


oleh: Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Bagaimanakah cara solat kami petugas hospital yang memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang memakainya dalam tempoh yang lama? Pakaian tersebut menutupi keseluruhan tubuh kami. Tujuan pakaian itu bertujuan menyelamatkan kami daripada jangkitan. Dalam masa yang sama kami juga wajib memastikan keselamatan pesakit lain. Maka, kami tidak boleh berwuduk ketika berada dalam keadaan demikian. Apakah kami wajib mengulangi solat atau bagaimana?

Jawapan:

Semoga Allah merahmati hamba-hambaNYA menjaga solat dan dalam masa yang sama berkhidmat dan berusaha menyelamatkan manusia lain dari ancaman penyakit. Dari soalan ini menzahirkan keprihatinan terhadap titah perintah agama. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar diambil perhatian oleh mereka yang terlibat;

1. Para ulama berbincang tentang mereka yang tidak boleh berwuduk dan bertayammum disebabkan keadaan tertentu. Ini seperti ketiadaan air dan debu, terkena penyakit tertentu yang menghalang penggunaan air dan debu, atau halangan tertentu yang menghalang penggunaan dua bahan tersebut. Bab ini disebut Faqid al-Tahurain (ŁŲ§Ł‚ِŲÆ Ų§Ł„Ų·َّŁ‡ُŁˆŲ±َŁŠْŁ†) atau ‘Adim al-Tahurain (Ų¹Ų§ŲÆِŁ… Ų§Ł„Ų·َّŁ‡ُŁˆŲ±َŁŠŁ†) iaitu orang yang tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua cara bersuci. Dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) menghitung sehingga lima pendapat dalam masalah kewajipan solat dan qada orang yang berada dalam keadaan sebegini (rujukan: Fath al-Bari, 1/585. Beirut: Dar-al-Fikr 1414H). Juga ada yang menghitungnya sehingga enam pendapat.

2. Berikut adalah ringkasan daripada pendapat-pendapat fuqaha (ahli fekah) yang disebut dalam pelbagai rujukan ulama sejak dahulu sehingga kini:

a) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammum, dan tidak perlu qada (mengulangi solat). Ini pendapat al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), al-Imam al-Muzani (meninggal 264H, merupakan anak murid besar al-Imam al-Syafii dan tokoh dalam Mazhab al-Syafii), qaul qadim (pendapat lama) al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), Ibn al-Munzir (319H) dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), Ibn ‘Uthaimin dan ramai lagi.

b) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammun tapi wajib qada (ulang). Solat itu dilakukan bagi menghormati waktu. Ini pendapat kedua yang diriwayatkan dari al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dan pendapat baru al-Imam al-Syafii.

c) Tidak wajib solat tapi wajib qada. Ini pendapat al-Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), al-Imam al-‘Auza’i (meninggal 157H) dan al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H). Antara alasan mereka ialah hadis: “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Riwayat Muslim).

d) Tidak perlu solat dan tidak perlu qada. Ini dinukilkan salah satu riwayat dari pendapat al-Imam Malik bin Anas dan golongan Mazhab Zahiriyyah (literalist).

e) Digalakkan solat dan wajib qada. Ini pendapat kelima disenaraikan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari dengan dakwaan ia antara pendapat yang disenaraikan oleh al-Imam al-Nawawi.

3. Senarai pendapat di atas kita sebutkan sekadar memaklumkan mengenai khilaf (perbezaan pendapat) ulama dalam masalah ini. Namun, pendapat yang paling masyhur dalam pegangan Umat Islam ialah pendapat yang pertama (a) dan pendapat kedua (b).

4. Untuk meringkaskan pemahaman dan pengamalan awam, saya bersetuju dengan pendapat pertama iaitu yang mewajibkan solat dalam keadaan tersebut iaitu tanpa wuduk dan tanpa tayammum, dan juga tidak wajib qada (mengulangi solat). Antara hujah pendapat ini ialah, hadis al-Bukhari (no. 336) dan Muslim (no. 367) daripada ‘Aishah r.ha di mana sekumpulan para sahabat sahabat yang telah bersolat tanpa wuduk, kemudian Allah menurunkan ayat tayammum. Ertinya, mereka bersolat tanpa wuduk, dan juga tanpa tayammum kerana ayat tayammum belum turun. Namun, Nabi s.a.w tidak menyuruh mereka mengulangi solat. Al-Imam al-Bukhari juga meletakkan hadis ini di bawah tajuk:

ŲØَŲ§ŲØُ Ų„ِŲ°َŲ§ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ¬ِŲÆْ Ł…َŲ§Ų”ً ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖُŲ±َŲ§ŲØًŲ§(Bab: Apabila Tiada Air dan Tanah).

5. Pendapat yang mewajibkan solat tanpa perlu qada dilihat lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah. Jika seharian bertugas, kemudian pada malam mesti menggantikan lima solat fardu yang telah pun ditunaikan dalam keadaan tersebut, maka ini membebankan. Firman Allah:

ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØِŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁŠُŲ³ْŲ±َ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُ ŲØِŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲ¹ُŲ³ْŲ±

(maksudnya): Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

6. Di samping itu, jika seseorang bertugas dalam pakaian PPE tersebut semasa waktu solat yang boleh dijamakkan iaitu Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak, maka petugas boleh menjamakkan solat sekiranya terdapat bebanan atau kekangan waktu untuk menunaikan solat. Ini bererti, jika petugas ada ruang untuk solat pada waktu pertama (waktu Zohor atau Maghrib) maka bolehlah dilakukan jamak taqdim (solat dalam waktu pertama). Jika mempunyai ruang pada waktu kedua (Asar atau Isyak) maka bolehlah dilakukan jamak ta’khir (solat pada waktu kedua). Ini dilakukan tanpa qasar. Maksudnya, empat rakaat Zohor dihimpunkan bersama empat rakaat ‘Asar. Begitu juga tiga rakaat Maghrib dihimpun bersama empat rakaat Isyak.

7. Hujah yang digunakan dalam masalah ini ialah hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų§Ł„ŲøُّŁ‡ْŲ±َ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹َŲµْŲ±َ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲÆِŁŠŁ†َŲ©ِ، ŁِŁŠ ŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų®َŁˆْŁٍ، ŁˆَŁ„َŲ§ Ų³َŁَŲ±ٍ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų£َŲØُŁˆ Ų§Ł„Ų²ُّŲØَŁŠْŲ±ِ: ŁَŲ³َŲ£َŁ„ْŲŖُ Ų³َŲ¹ِŁŠŲÆًŲ§، Ł„ِŁ…َ ŁَŲ¹َŁ„َ Ų°َŁ„ِŁƒَ؟ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ: Ų³َŲ£َŁ„ْŲŖُ Ų§ŲØْŁ†َ Ų¹َŲØَّŲ§Ų³ٍ ŁƒَŁ…َŲ§ Ų³َŲ£َŁ„ْŲŖَŁ†ِŁŠ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ: Ų£َŲ±َŲ§ŲÆَ Ų£َŁ†ْ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ­ْŲ±ِŲ¬َ Ų£َŲ­َŲÆًŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų£ُŁ…َّŲŖِŁ‡

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya”.

Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

Ų¬َŁ…َŲ¹َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„ŲøُّŁ‡ْŲ±ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹َŲµْŲ±ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…َŲŗْŲ±ِŲØِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹ِŲ“َŲ§Ų”ِ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲÆِŁŠŁ†َŲ©ِ ŁِŁŠ ŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų®َŁˆْŁٍ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł…َŲ·َŲ±ٍ

“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.

Hadis ini menunjuk Nabi s.a.w pernah menunaikan solat jamak bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

8. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) mengulas hadis di atas: “Sebahagian para imam (ulama) berpegang kepada keharusan menjamakkan solat ketika tidak bermusafir disebabkan sesuatu keperluan. Ini (diboleh) untuk sesiapa yang tidak menjadikannya kebiasaan. Ini pendapat (Muhammad) Ibn Sirin dan Asyhab dari pengikut (al-Imam) Malik. Al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada (al-Imam) al-Qaffal al-Syasyi al-Kabir dari kalangan pengikut (al-Imam) al-Syafi’i, daripada Abu Ishaq al-Marwazi daripada sekumpulan Ahli Hadis. Pendapat ini juga yang dipilih oleh (al-Imam) Ibn al-Munzir. Ini disokong oleh apa yang nyata dari perkataan Ibn ‘Abbas “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya.” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 5/335. Beirut: Dar al-Khair 1414H)

9. Maka kita dapati banyak kita fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kata Ibn Taimiyyah: “Seluas-luas Mazhab dalam membolehkan jamak antara dua solat ialah Mazhab al-Imam Ahmad” (lihat: al-Fatawa al-Kubra, 2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyokong pendapat ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245. Beirut: Dar Uli al-Nuha). Maka ini bukan perkara asing dan baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.

10. Maka, š—øš—²š˜€š—¶š—ŗš—½š˜‚š—¹š—®š—»š—»š˜†š—®, para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat untuk berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum. Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka juga, boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo