NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana Rasulullah tangani tekanan hidup?


1. PENULARAN wabak COVID-19 benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal manusia. Ada di kalangan pelajar yang masih terperangkap di asrama telah mula menghubungi talian khidmat kaunseling. Mereka merasakan jiwa semakin kosong bahkan pemikiran menjadi terbelenggu dek terperangkap dalam kesunyian.

2. Walaupun sebahagian kita menganggap isu ini hanyalah perkara yang remeh sahaja, namun permasalahan psikologi seharusnya tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana, setiap manusia mempunyai kapasiti yang berbeza untuk menghadapi tekanan hidup mereka.

3. Perhatikan Sirah Rasulullah dalam menangani tekanan dan cabaran. Lihat bagaimana seorang anak kecil membesar tanpa ayah dan ibu, Baginda kemudian tinggal bersama pakciknya Abu Talib.

Menurut Sheikh Muhammad al-Ghazali, Abu Talib bukanlah seorang yang kaya, malah dia memiliki anak yang ramai. Kesusahan hidup ini membina jiwa yang kental. Sejak usia yang muda Baginda sudah "survive" sendiri mengembala kambung dan menyertai peperangan.

4. Ketika memulakan dakwah, Baginda diludah, diejek, dilumur dengan kotoran bahkan diancam untuk dibunuh. Teknik pertama yang diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menangani tekanan adalah dengan berfikiran positif.

5. Ya! Berfikiran positif. Ingatkah kita bagaimana Rasulullah menghadapi tekanan yang sangat dahsyat ketika berdakwah di Taif. Perkara ini diakui sendiri oleh Baginda Nabi ketika Saidatina Aisyah bertanya:

Ł‡Ł„ Ų£ŲŖŁ‰ Ų¹Ł„ŁŠŁƒ ŁŠŁˆŁ… ŁƒŲ§Ł† Ų£Ų“ŲÆ Ł…Ł† ŁŠŁˆŁ… Ų£Ų­ŲÆ؟

"(Aisyah bertanya) Wahai Rasulullah, pernahkah engkau alami hari yang lebih dahsyat dari Perang Uhud?" Rasulullah lantas menceritakan pengalaman ngeri Baginda ketika berdakwah di Taif kepada Bani Ibn Abd Yalayl. (HR al-Bukhari)

6. Tekanan dakwah di Taif amat dahsyat sehingga Allah menghantar bantuanNya melalui malaikat yang menawarkan untuk menghancurkan kaum tersebut. Tetapi bukan itu yang diminta oleh Rasulullah. Baginda sangat berfikiran positif. Dengan tenang Nabi memujuk:

ŲØŁ„ Ų£Ų±Ų¬Łˆ Ų£Ł† ŁŠŲ®Ų±Ų¬ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł…Ł† Ų£ŲµŁ„Ų§ŲØŁ‡Ł… Ł…Ł† ŁŠŲ¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ­ŲÆŁ‡ Ł„Ų§ ŁŠŲ“Ų±Łƒ ŲØŁ‡ Ų“ŁŠŲ¦Ų§

"(tidak perlu dihempap mereka dengan bukit), Bahkan aku berharap agar lahir dari sulbi (keturunan) mereka kumpulan yang menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya." (HR al-Bukhari)

Baca tentang kaedah menangani tekanan selanjutnya dalam link di bawah:
https://drsanusiazmi.com/bagaimana-rasulullah-menangani-tekanan-hidup/

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo