NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 Strategi Perang Khandaq Dalam Bisnes dan Menjana Pendapatan



Semasa berlaku Perang Khandaq, keadaan orang Islam yang berada di Madinah ketika itu dalam situasi terkepung. Lebih kurang 10 ribu tentera daripada kafir Quraisy Mekah dan pakatan musuh lain mengepung Kota Madinah.

Nabi Muhammad Sollahu 'Alayhi wa Sallam menggali parit untuk menghalang laluan masuk supaya dari dihindari tentera musuh masuk menyerang Madinah ketika itu.

Sebelum musuh sampai ke Madinah, Nabi Muhammad bersama para sahabat menggali parit bagi menutup jalan di pintu utama Kota Madinah.

Sebagai info, Kota Madinah mempunyai 2 jalan masuk ketika itu. Satu di bahagian hadapan. Satu lagi di bahagian belakang yang dijaga oleh kaum Yahudi Bani Quraizah.

Ketika Nabi dan para sahabat berusaha keras menggali parit, Jabir bin Abdullah ketika melihat kasihan kepada baginda yang menahan lapar sambil membuat kerja. Sehingga baginda Nabi mengikat batu di perut untuk mengurangkan kesan lapar.

Lalu Jabir menjemput Nabi untuk datang ke rumah menjamu makanan dan berlakulah peristiwa mukjizat di mana hidangan untuk 5 orang dapat dihidangkan kepada seribu orang. Baca nota sebelum ini di https://buff.ly/3cirt9U

Kedua, apa yang menarik ialah. Nabi Muhammad hanya menggali parit atau menutup laluan masuk di depan sahaja. Manakala jalan satu lagi baginda tidak menutupnya, tetapi dibuat perjanjian dengan Bani Quraizah supaya tidak membenarkan pihak musuh masuk melalui lauan itu.

Kota Madinah ini simbol ekonomi umat Islam. Di sinilah para sahabat membina ekonomi Madinah sehingga menjadi pusat perniagaan yang besar. Menjadi tempat persinggahan para pedagang utama untuk berbisnes di sini.

Simbol kedua, Madinah mempunyai dua jalan sahaja ketika itu. Di kiri dan kanan adalah gunung dan bukit yang tinggi. Dalam sebuah bisnes, kita mesti mempunyai dua aliran yang membawa duit masuk. Walaupun kita mempunyai pendapatan tetap atau makan gaji. Kita mesti berusaha juga mencari satu lagi jalan untuk menjana pendapatan sampingan.

Namun begitu, apabila berlaku dalam situasi Khandaq ini, baginda terpaksa menutup salah satu jalan. Jalan itu jalan yang paling berisiko memandangkan ia berdepan dengan musuh. Dalam bisnes, apabila berdepan dengan kerugian. Sekiranya kita terpaksa menutup salah satu aliran duit masuk, kita tutup yang paling berisiko. Tutup yang paling banyak membawa kerugian.

Nabi Muhammad tidaklah berlagak sombong mahu berdepan musuh semborono sahaja. Hanya berdoa menadah tangan memohon kepada Allah tanpa ada usaha, strategi dan taktik.

Tetapi walaupun kita menutup satu laluan penting. Pada saat itu, kita mesti menggembeleng tenaga kita dua tiga kali lipat sehingga dapat menggandakan keuntungan atau pendapatan sebagai mana berlaku kepada hidangan makanan di rumah Jabir tadi.

Jadi, dua strategi utama yang boleh kita gunakan untuk situasi sekarang;

1. Tutup satu jalan yang paling berisiko dan merugikan. Dalam bisnes jika perlu hentikan bisnes itu, hentikan sahaja. Untuk peribadi, jika perlu berjimat makanan, jimatkan makanan.

2. Gandakan hasil berkali ganda melalui cara dan taktik yang sesuai. Menggunakan masa yang ada untuk menggandakan pendapatan supaya kita dapat hasilkan pendapatan yang berganda dengan cara yang minimum.

Banyak lagi ibrahnya. Kita kaji lagi.

Saifuddin Yusof
Jumlah masa kita sama, usaha kita yang berbeza.

Sumber: https://www.facebook.com/pengkajihadith/photos/a.1783353205236186/2522551354649697/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo