Tan Sri Muhyiddin Angkat Sumpah Sebagai PM Ke 8



KUALA LUMPUR, 1 Mac – Hari ini sejarah sekali lagi tercipta apabila Ahli Parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 10.30 pagi ini.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Dato' Seri Mohd Zuki Ali

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas enam hari Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri ke-7 iaitu kurang dua tahun gabungan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu yang diterajui olehnya.

Acara penuh istiadat itu bermula dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia.

Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. supaya Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , Muhyiddin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.

Pengumuman itu menamatkan kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Februari lalu.

Peristiwa bersejarah hari ini sekali gus memuktamadkan polemik berkenaan seterusnya mendaulatkan sistem pentadbiran Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post