JAKARTA, 16 Rejab 1441H, Rabu – Indonesia mencatatkan kematian pertama akibat coronavirus baharu (COVID-19).
Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, mangsa adalah seorang wanita warga asing, berusia 53 tahun, meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi.
Mangsa, yang merupakan kes ke-25 positif COVID-19, turut mengidap pelbagai penyakit seperti diabetis dan penyakit paru-paru.
Bagaimanapun, Achmad menegaskan penyebab kematian pesakit itu bukanlah kerana virus berkenaan tetapi virus tersebut telah memburukkan lagi keadaan pesakit itu.
Butiran terperinci mengenai mangsa tidak didedahkan ketika pengumuman disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dari Istana Presiden hari ini.
Setakat ini, 27 kes COVID-19 di laporkan di Indonesia. – Bernama
JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan sebahagian hasil yang dijana nege...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment