NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Spekulasi Pakatan Nasional hanya 'mainan' media?



Ketika spekulasi akan wujud persefahaman baru membabitkan Umno, Bersatu dan PAS, Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim tampil membidas pihak yang cuba "mengekalkan Dr Mahathir (Mohamad) terus jadi perdana menteri dengan memungkiri janji."

"Mereka boleh menghalang Anwar Ibrahim menjadi PM kelapan. Mereka mungkin berjaya menyingkirkan DAP, PKR dan Amanah dari Kerajaan Persekutuan.

"Tetapi adakah rakyat boleh menerima gabungan Pakatan Nasional (PN) yang bersifat amat oportunis itu?

"Ia sebenarnya, jika benar-benar wujud bukannya layak dipanggil Pakatan Nasional, sebaliknya ialah pakatan parti-parti politik oportunis," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Iklan
Hassan merujuk dakwaan inisiatif untuk membentuk satu gabungan parti politik yang dipanggil PN bagi menggantikan PH.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan jangkaan Umno akan bermesyuarat mengenai hal tersebut hari ini.

Menurut Hassan, gabungan parti politik dalam PN "berjumlah 124 MP tidak termasuk parti-parti dari Sabah."

"Dikatakan PN ini terdiri daripada 26 MP Bersatu, 20 MP dari Paksi Serpihan PKR, 41 MP BN, 18MP PAS dan 19 MP GPS.

"Dengan ada sejumlah kerusi MP sebanyak 124 dari segi matematik politik memang PN boleh menumbangkan kerajaan PH," katanya lagi.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan pendirian parti itu untuk mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, PKR juga akan bersetia dengan persefahaman serta perjanjian yang dimeterai dengan PH.

"PKR bersikap setia kepada PH dan kami akan mempertahankan mandat diberi rakyat pada 2018," katanya.

Bagaimanapun ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad, ketika mengulas isu itu semalam dilaporkan berkata, beliau berasa seperti "melayang" apabila dimaklumkanakan mendapat sokongan daripada Umno dan PAS.

"Sesiapapun yang sokong, saya rasa seperti melayang (floating)," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo