NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Dan Kerajaan Yang Adil


Disediakan oleh :Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

▪️Keadilan Merupakan Suatu Tuntutan

Firman Allah SWT :

۞ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŪŒَŲ£ۡŁ…ُŲ±ُŁƒُŁ…ۡ Ų£َŁ† ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁˆŲ§۟ Ł±Ł„ۡŲ£َŁ…َŁ€ٰŁ†َŁ€ٰŲŖِ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰۤ Ų£َŁ‡ۡŁ„ِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų­َŁƒَŁ…ۡŲŖُŁ… ŲØَŪŒۡŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ† ŲŖَŲ­ۡŁƒُŁ…ُŁˆŲ§۟ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ¹َŲÆۡŁ„ِۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł†ِŲ¹ِŁ…َّŲ§ ŪŒَŲ¹ِŲøُŁƒُŁ… ŲØِŁ‡ِŪ¦ۤۗ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų³َŁ…ِŪŒŲ¹َۢŲ§ ŲØَŲµِŪŒŲ±ࣰŲ§

Maksudnya :
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)

Ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan perintah Allah dalam melaksanakan keadilan dalam pemerintahan. Perintah tersebut menjadikan keadilan merupakan eleman teras dalam sistem pemerintahan bagi sesebuah kerajaan. Selain itu, Allah memerintahkan supaya amanah diserahkan kepada orang yang sepatutnya. Justeru, amanah dan keadilan adalah tuntutan dalam Islam yang mesti dilaksanakan dengan baik oleh sesebuah kerajaan.

Dua eleman ini menjadi asas dalam politik Islam yang bertujuan mendatangkan kemaslahatan kepada individu, masyarakat dan ummah serta menolak sebarang kemudaratan. Maka menjadi kewajipan ke atas setiap pemimpin dalam semua peringkat untuk melaksanakan dua eleman ini pada peringkat masing-masing.

Menunaikan amanah ialah dengan menjaga kewajipan yang berkaitan dengan hak-hak bagi rakyat yang berada di bawah tanggungannya. Melaksanakan keadilan ialah dengan cara memastikan setiap rakyat tidak dizalimi dalam apa jua tuntutan baginya.

Justeru, dua eleman ini merupakan tugas asasi bagi seorang manusia secara umumnya dan pemimpin secara khususnya dalam membangunkan dunia dan menjaga kehidupan manusia dengan suasana yang sejahtera dan aman.

▪️Tuntutan Keadilan Ke Atas Semua Peringkat

Islam yang diturunkan oleh Allah adalah untuk memastikan manusia berada dalam keadaan yang mendapat keadilan. Inilah yang disebutkan sebagai nikmat Allah ke atas manusia melalui agama-Nya iaitu Islam.

Firman Allah SWT :

Ł±Ł„ۡŪŒَŁˆۡŁ…َ Ų£َŁƒۡŁ…َŁ„ۡŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ۡ ŲÆِŪŒŁ†َŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲ£َŲŖۡŁ…َŁ…ۡŲŖُ Ų¹َŁ„َŪŒۡŁƒُŁ…ۡ Ł†ِŲ¹ۡŁ…َŲŖِŪŒ ŁˆَŲ±َŲ¶ِŪŒŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ³ۡŁ„َŁ€ٰŁ…َ ŲÆِŪŒŁ†ࣰŲ§ۚ

Maksudnya :
“Dan pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kamu agama untuk kamu dan Aku telah lengkapkan nikmat-Ku serta Aku redha bahawa Islam itu agama bagi kamu.” (Surah al-Maidah : ayat 3)

Para ulama bersepakat bahawa objektif kedatangan Islam untuk membawa maslahat dan menolak kemudaratan. Hal ini dapat dilihat melalui ungkapan Ibn al-Qayyim berkata :

ŁŲ„Ł† Ų§Ł„Ų“Ų±ŁŠŲ¹Ų© Ł…ŲØŁ†Ų§Ł‡Ų§ ŁˆŲ£Ų³Ų§Ų³Ł‡Ų§ Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų­ŁƒŁ… ŁˆŁ…ŲµŲ§Ł„Ų­ Ų§Ł„Ų¹ŲØŲ§ŲÆ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų¹Ų§Ų“ ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų¹Ų§ŲÆ، ŁˆŁ‡ŁŠ Ų¹ŲÆŁ„ ŁƒŁ„Ł‡Ų§، ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© ŁƒŁ„Ł‡Ų§، ŁˆŁ…ŲµŲ§Ł„Ų­ ŁƒŁ„Ł‡Ų§، ŁˆŲ­ŁƒŁ…Ų© ŁƒŁ„Ł‡Ų§، ŁŁƒŁ„ Ł…Ų³Ų£Ł„Ų© Ų®Ų±Ų¬ŲŖ Ų¹Ł† Ų§Ł„Ų¹ŲÆŁ„ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų¬ŁˆŲ±، ŁˆŲ¹Ł† Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ų© Ų„Ł„Ł‰ Ų¶ŲÆŁ‡Ų§، ŁˆŲ¹Ł† Ų§Ł„Ł…ŲµŁ„Ų­Ų© Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…ŁŲ³ŲÆŲ© ŁˆŲ¹Ł† Ų§Ł„Ų­ŁƒŁ…Ų© Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų¹ŲØŲ«، ŁŁ„ŁŠŲ³ŲŖ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų“Ų±ŁŠŲ¹Ų© ŁˆŲ„Ł† Ų£ŲÆŲ®Ł„ŲŖ ŁŁŠŁ‡Ų§ ŲØŲ§Ł„ŲŖŲ£ŁˆŁŠŁ„، ŁŲ§Ł„Ų“Ų±ŁŠŲ¹Ų© Ų¹ŲÆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲØŁŠŁ† Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ‡ ŁˆŲ±Ų­Ł…ŲŖŁ‡ ŲØŁŠŁ† Ų®Ł„Ł‚Ł‡ ŁˆŲøŁ„Ł‡ ŁŁŠ Ų£Ų±Ų¶Ł‡..

Maksudnya: “Syariah (Islamiyyah) itu terbina dan terasas di atas hukum dan maslahah para hamba dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia keseluruhannya adil, keseluruhannya rahmat, keseluruhannya maslahah, keseluruhannya hikmah. Maka setiap masalah yang terkeluar daripada keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada sebaliknya, daripada maslahah kepada mafsadah (kerosakan), daripada hikmah kepada sia-sia, maka ia bukan daripada syariah walaupun dimasukkan ke dalamnya secara takwilan. Maka syariat Allah itu adil buat semua hamba-Nya, rahmat buat semua makhluk-Nya dan lembayung-Nya di muka bumi.” (Lihat I’lam al-Muwaqqi’in, 3/14-15)

Justeru, bagi merealisasikan objektif ini, keadilan yang dituntut ialah pada semua peringkat termasuklah keluarga, institusi pejabat, ketenteraan sehinggalah pemerintahan negara.

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Ų£َŁ„َŲ§ ŁƒُŁ„ُّŁƒُŁ…ْ Ų±َŲ§Ų¹ٍ ŁˆَŁƒُŁ„ُّŁƒُŁ…ْ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„ٌ Ų¹َŁ†ْ Ų±َŲ¹ِŁŠَّŲŖِŁ‡ِ ŁَŲ§Ł„ْŲ£َŁ…ِŁŠŲ±ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų±َŲ§Ų¹ٍ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„ٌ Ų¹َŁ†ْ Ų±Ų¹ŁŠŲŖŁ‡ ŁˆَŲ§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ُ Ų±َŲ§Ų¹ٍ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŁ‡ْŁ„ِ ŲØَŁŠْŲŖِŁ‡ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„ٌ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…َŲ±ْŲ£َŲ©ُ Ų±َŲ§Ų¹ِŁŠَŲ©ٌ Ų¹َŁ„َŁ‰ ŲØَŁŠْŲŖِ ŲØَŲ¹ْŁ„ِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁˆَŁ„َŲÆِŁ‡ِ ŁˆَŁ‡ِŁŠَ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„َŲ©ٌ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹َŲØْŲÆُ Ų±َŲ§Ų¹ٍ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł…َŲ§Ł„ِ Ų³َŁŠِّŲÆِŁ‡ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„ٌ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُ Ų£Ł„Ų§ ŁَŁƒُŁ„ُّŁƒُŁ…ْ Ų±َŲ§Ų¹ٍ ŁˆَŁƒُŁ„ُّŁƒُŁ…ْ Ł…َŲ³ْŲ¦ُŁˆŁ„ٌ Ų¹َŁ†ْ Ų±َŲ¹ِŁŠَّŲŖِŁ‡ِ

Maksudnya :
"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara adalah pemimpion atas rakyatnya dan akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin atas anggota keluarganya dan akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin atas rumah tangga dan anak-anaknya dan akan ditanya perihal tanggung jawabnya. Seorang pembantu/pekerja rumah tangga adalah bertugas memelihara barang milik majikannya dan akan ditanya atas pertanggungjawabannya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya." - riwayat Muslim

Baginda SAW memperingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas dalam memikul amanah dalam kepimpinan walaupun dalam sebuah keluarga. Maka amanah tersebut mestilah dijaga dan melaksanakan gerak kerja dengan adil agar tidak berlaku khianat dan kezaliman.

▪️Keadilan Adalah Tuntutan Sepanjang Zaman

Tuntutan keadilan bukanlah bermula dengan zaman Nabi Muhammad SAW, namun tuntutan tersebut bermula sejak Nabi Adam diciptakan oleh Allah. Hal ini berhubung dengan amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia selaku khalifah dalam mentadbir bumi.

Maka sudah tentu amanah tersebut diperintahkan untuk dilaksanakan dalam keadaan yang adil. Hal ini adalah memperbaiki bumi dan makhluk yang berada di dalamnya daripada kerosakan yang terjadi sebelum ini.

Sehubungan itu, ketika Allah ingin menciptakan manusia bagi memikul amanah tersebut, Malaikat menyatakan kebimbangan sekiranya manusia yang bakal diciptakan tersebut juga bakal melakukan kerosakan seperti sebelum ini.

Firman Allah SWT :

ŁˆَŲ„ِŲ°ۡ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲØُّŁƒَ Ł„ِŁ„ۡŁ…َŁ„َŁ€ٰۤŁ‰ِٕŁƒَŲ©ِ Ų„ِŁ†ِّŪŒ Ų¬َŲ§Ų¹ِŁ„ࣱ ŁِŪŒ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų®َŁ„ِŪŒŁَŲ©ࣰۖ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆۤŲ§۟ Ų£َŲŖَŲ¬ۡŲ¹َŁ„ُ ŁِŪŒŁ‡َŲ§ Ł…َŁ† ŪŒُŁۡŲ³ِŲÆُ ŁِŪŒŁ‡َŲ§ ŁˆَŪŒَŲ³ۡŁِŁƒُ Ł±Ł„ŲÆِّŁ…َŲ§ۤŲ”َ ŁˆَŁ†َŲ­ۡŁ†ُ Ł†ُŲ³َŲØِّŲ­ُ ŲØِŲ­َŁ…ۡŲÆِŁƒَ ŁˆَŁ†ُŁ‚َŲÆِّŲ³ُ Ł„َŁƒَۖ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†ِّŪŒۤ Ų£َŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ Ł…َŲ§ Ł„َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
“Dan ketika Tuhan kamu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku ingin menciptakan makhluk untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi. Mereka (malaikat) berkata: Adakah Engkau (wahai Tuhan) mahu jadikan di bumi akan makhluk yang mereka akan melakukan kerosakan padanya dan menumpahkan darah? Bukankah kami sentiasa bertasbih, bertahmid (memuji) dan menyucikan kamu?” (Surah al-Baqarah : ayat 30)

Bahkan Allah turut mengingatkan kepada Nabi Daud dalam melaksanakan amanah dan keadilan di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT :

ŪŒَŁ€ٰŲÆَŲ§ŁˆُŪ„ŲÆُ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َŁ€ٰŁƒَ Ų®َŁ„ِŪŒŁَŲ©ࣰ ŁِŪŒ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁَŁ±Ų­ۡŁƒُŁ… ŲØَŪŒۡŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ِ Ł±Ł„ۡŁ‡َŁˆَŁ‰ٰ ŁَŪŒُŲ¶ِŁ„َّŁƒَ Ų¹َŁ† Ų³َŲØِŪŒŁ„ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒŁ†َ ŪŒَŲ¶ِŁ„ُّŁˆŁ†َ Ų¹َŁ† Ų³َŲØِŪŒŁ„ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØࣱ Ų“َŲÆِŪŒŲÆُۢ ŲØِŁ…َŲ§ Ł†َŲ³ُŁˆŲ§۟ ŪŒَŁˆۡŁ…َ Ł±Ł„ۡŲ­ِŲ³َŲ§ŲØِ

Maksudnya :
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” (Surah Shad : ayat 26)

Justeru, ini merupakan dalil bahawa melaksanakan keadilan merupakan tuntutan Islam bermula dengan Nabi Adam sehingga diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Disebabkan itu, baginda SAW menyatakan bahawa para nabi dan rasul merupakan pemimpin pada zaman mereka kerana mereka memimpin manusia ke arah kebenaran dengan melaksanakan amanah dan keadilan.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ŁƒَŲ§Ł†َŲŖ ŲØَŁ†ُŁˆ Ų„Ų³Ų±َŲ§Ų¦ِŁŠŁ„َ ŲŖَŲ³ُŁˆŲ³ُŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ų£َŁ†ْŲØŁŠŲ§Ų”ُ

“Adalah Bani Israel itu dipimpin oleh para Nabi.” riwayat al-Bukhari dan Muslim

Maka para Nabi merupakan pemimpin yang menjalankan keadilan kerana ia merupakan perintah Allah dalam menjaga kesejahteraan dan manfaat manusia. Bahkan ini dibuktikan lagi dengan firman Allah bahawa apa yang diperintahkan oleh-Nya adalah rahmat ke atas hamba-Nya kerana Allah mengharamkan sifat zalim bagi-Nya.

Firman Allah SWT :

ŁƒَŲŖَŲØَ Ų±َŲØُّŁƒُŁ…ۡ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ł†َŁۡŲ³ِŁ‡ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ۡŁ…َŲ©َ

Maksudnya :
“Tuhan kamu telah menetapkan bagi diri-Nya untuk memberi rahmat.” (Surah al-An’am : ayat 54)

Hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Dzar, Rasulullah SAW menceritakan bahawa Allah berfirman:

ŁŠَŲ§ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِŁŠ Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų­َŲ±َّŁ…ْŲŖُ Ų§Ł„ŲøُّŁ„ْŁ…َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł†َŁْŲ³ِŁŠ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ْŲŖُŁ‡ُ ŲØَŁŠْŁ†َŁƒُŁ…ْ Ł…ُŲ­َŲ±َّŁ…ًŲ§ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖَŲøَŲ§Ł„َŁ…ُŁˆŲ§

Maksudnya :
“Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan zalim ke atas-Ku dan aku jadikannya di antara kamu benda yang diharamkan. Maka jangan kamu saling melakukan kezaliman.” riwayat Muslim

▪️Islam Menentang Sebarang Kezaliman

Kezaliman merupakan lawan bagi keadilan. Kezaliman ialah meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempat sepatutnya. Sehubungan itu, Islam melarang umatnya melakukan sebarang kezaliman. Hal ini demikian kerana, Islam diturunkan adalah untuk memberikan keadilan. Justeru, kezaliman yang berlaku akan menyebabkan kemudaratan ke atas manusia dan sekalian makhluk.

Maka dalam konteks sebuah kerajaan, kezaliman ke atas rakyat adalah diharamkan. Hal ini demikian kerana ia bertentangan dengan tuntutan keadilan sebagaimana yang telah disebutkan pada ayat ke 58 dalam Surah An-Nisa’.

Secara jelas, Islam menentang sebarang kezaliman dalam kalangan umatnya berdasarkan dalil-dalil yang banyak, antaranya :

1. Firman Allah SWT :

Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŲ§ ŪŒَŲøۡŁ„ِŁ…ُ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ Ų“َŪŒۡŁ€ࣰٔŲ§ ŁˆَŁ„َŁ€ٰŁƒِŁ†َّ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ Ų£َŁ†ŁُŲ³َŁ‡ُŁ…ۡ ŪŒَŲøۡŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia akan sesuatu tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.” (Surah Yunus : ayat 44)

2. Firman Allah SWT:

ŪŒَŁ€ٰۤŲ£َŪŒُّŁ‡َŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§۟ Ł„َŲ§ ŲŖَŲ®ُŁˆŁ†ُŁˆŲ§۟ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŁ±Ł„Ų±َّŲ³ُŁˆŁ„َ ŁˆَŲŖَŲ®ُŁˆŁ†ُŁˆۤŲ§۟ Ų£َŁ…َŁ€ٰŁ†َŁ€ٰŲŖِŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲ£َŁ†ŲŖُŁ…ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul serta janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfal : ayat 27)

3. Abu Said al-Khudri meriwayatakan Nabi Muhammad SAW bersabda:

Ł„Ų§ Ų¶Ų±Ų± ŁˆŁ„Ų§ Ų¶Ų±Ų§Ų±

Maksudnya :
“Tidak ada mudarat dan tidak ada (balas tindakan melakukan) kemudaratan.” - riwayat Ibnu Majah dan ad-Darqutni

4. Abu Said al-Khudri meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda:

Ł…َŁ†ْ Ų±Ų£Ł‰ Ł…ِŁ†ْŁƒُŁ…ْ Ł…ُŁ†ْŁƒَŲ±Ų§ً ŁَŁ„ْŁŠُŲŗَŁŠِّŲ±ْŁ‡ُ ŲØِŁŠَŲÆِŁ‡ِ، ŁŲ„Ł†ْ Ł„َŁ… ŁŠَŲ³ْŲŖَŲ·ِŲ¹ْ ŁَŲØِŁ„ِŲ³Ų§Ł†ِŁ‡ِ، ŁŲ„Ł†ْ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ³ْŲŖَŲ·ِŲ¹ْ ŁَŲØِŁ‚َŁ„ْŲØِŁ‡ِ، ŁˆَŲ°Ł„Łƒَ Ų£Ų¶ْŲ¹َŁُ Ų§Ł„Ų„ِŁŠŁ…َŲ§Ł†ِ

Maksudnya :
“Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan, dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati (membenci), itulah selemah-lemah iman.” riwayat Muslim

5. Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda :

Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ُ Ų£َŲ®ُŁˆ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِ، Ł„َŲ§ ŁŠَŲøْŁ„ِŁ…ُŁ‡ُ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ®ْŲ°ُŁ„ُŁ‡ُ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŁƒْŲ°ِŲØُŁ‡ُ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ­ْŁ‚ِŲ±ُŁ‡ُ

Maksudnya :
“Muslim itu saudara bagi muslim yang lain, maka janganlah kamu menzaliminya, mencelanya, menipunya dan menghinanya.” - riwayat Muslim

Kesemua nas di atas menunjukkan bahawa Islam menentang sebarang kezaliman sama ada berbentuk pengkhianatan ke atas amanah, pencabulan hak dan sebagainya. Bahkan Islam menyuruh umatnya mencegah sebarang kemungkaran yang berlaku kerana ia merupakan kezaliman.

Dan inilah yang disebutkan oleh baginda SAW dalam sebagai membantu pihak yang dizalimi dan yang melakukan kezaliman iaitu dengan mempertahankan hak yang dizalimi dan mencegah pihak yang zalim daripada terus melakukan kezaliman.

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

Ų§Ł†ْŲµُŲ±ْ Ų£َŲ®َŲ§Łƒَ ŲøَŲ§Ł„ِŁ…ًŲ§ Ų£َŁˆْ Ł…َŲøْŁ„ُŁˆŁ…ًŲ§ ‏"‏‏.‏ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł‡َŲ°َŲ§ Ł†َŁ†ْŲµُŲ±ُŁ‡ُ Ł…َŲøْŁ„ُŁˆŁ…ًŲ§، ŁَŁƒَŁŠْŁَ Ł†َŁ†ْŲµُŲ±ُŁ‡ُ ŲøَŲ§Ł„ِŁ…ًŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ ‏"‏ ŲŖَŲ£ْŲ®ُŲ°ُ ŁَŁˆْŁ‚َ ŁŠَŲÆَŁŠْŁ‡ِ ‏"‏‏.‏

Maksudnya :
“Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Maka bertanya sahabat : Wahai Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa untuk membantu orang yang dizalimi maka bagaimana cara untuk membantu orang yang zalim? Maka jawab Nabi SAW : menghalangnya atau mencegahnya daripada berterusan melakukan kezaliman maka demikian kamu telah membantunya.” riwayat al-Bukhari

Justeru, inilah peranan kerajaan iaitu dengan melaksanakan keadilan dan dalam masa yang sama tidak melakukan kezaliman serta mencegah sebarang kezaliman.

Firman Allah SWT :

Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŁ‚َŁˆِŪŒٌّ Ų¹َŲ²ِŪŒŲ²ٌ * Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒŁ†َ Ų„ِŁ† Ł…َّŁƒَّŁ†َّŁ€ٰŁ‡ُŁ…ۡ ŁِŪŒ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų£َŁ‚َŲ§Ł…ُŁˆŲ§۟ Ł±Ł„ŲµَّŁ„َŁˆٰŲ©َ ŁˆَŲ”َŲ§ŲŖَŁˆُŲ§۟ Ł±Ł„Ų²َّŁƒَŁˆٰŲ©َ ŁˆَŲ£َŁ…َŲ±ُŁˆŲ§۟ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ…َŲ¹ۡŲ±ُŁˆŁِ ŁˆَŁ†َŁ‡َŁˆۡŲ§۟ Ų¹َŁ†ِ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ†ŁƒَŲ±ِۗ

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Iaitu) orang yang jika Kami berikan kekuasaan di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah perbuatan yang mungkar.” (Surah al-Hajj : ayat 40-41)

▪️Bentuk Keadilan Dalam Kerajaan Yang Adil

Keadilan dapat dilihat di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan kerajaan yang diwarisi oleh para sahabat terutama di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.

Antaranya keadilan yang dilakukan ialah :

1. Nabi Muhammad SAW melarang penindasan ke atas golongan yang lemah. Baginda SAW memperingatkan keadilan adalah ke atas semua pihak. Justeru, tidak ada beza antara golongan yang kaya dan lemah.

Sayidatina Aisyah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ų£َŁ‡ْŁ„َŁƒَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‚َŲØْŁ„َŁƒُŁ…ْ Ų£َŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų³َŲ±َŁ‚َ ŁِŁŠŁ‡ِŁ…ِ Ų§Ł„Ų“َّŲ±ِŁŠŁُ ŲŖَŲ±َŁƒُŁˆŁ‡ُ، ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų³َŲ±َŁ‚َ ŁِŁŠŁ‡ِŁ…ِ Ų§Ł„Ų¶َّŲ¹ِŁŠŁُ Ų£َŁ‚َŲ§Ł…ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų§Ł„ْŲ­َŲÆ، ŁˆَŲ£ŁŠْŁ…ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ، Ł„َŁˆْ Ų£َŁ†َّ ŁَŲ§Ų·ِŁ…َŲ©َ ŲØِŁ†ْŲŖَ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆٍ Ų³َŲ±َŁ‚َŲŖْ Ł„َŁ‚َŲ·َŲ¹ْŲŖُ ŁŠَŲÆَŁ‡َŲ§

Maksudnya :
“Wahai Manusia! Sesungguhnya binasa kaum sebelum kamu kerana apabila terdapat orang bangsawan yang mencuri maka mereka melepaskannya, manakala apabila golongan bawahan maka mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya. Sesungguhnya sekiranya Fatimah walaupun ia anak perempuan kepada Muhammad (Rasulullah) mencuri, maka akan aku potong tangannya (dijatuhkan hukuman hudud).” riwayat al-Bukhari dan Muslim

2. Pada zaman Sayiduna Abu Bakar, beliau memerintahkan agar golongan yang enggan membayar zakat diperangi kerana golongan tersebut telah melakukan kezaliman terutama ke atas golongan fakir dan miskin. Sedangkan zakat adalah hak harta yang berbentuk kebajikan ke atas lapan golongan yang ditentukan.

3. Pada zaman Sayiduna Umar al-Khattab, beliau selalu melakukan rondaan pada waktu malam bagi melihat keadaan rakyat di bawahnya. Suatu malam, Saidina Umar mendengar tangisan kanak-kanak dari sebuah rumah yang sangat sederhana kerana kelaparan dalam masa yang sama ibu kanak-kanak tersebut tidak mempunyai barangan untuk dimasak. Beliau terus berjalan menuju ke Baitul Mal negara lalu mengambil sendiri beberapa karung gandum dan dipikulnya untuk dihantarkan ke rumah wanita itu.

4. Sayiduna Umar al-Khattab juga tidak menghalang kebebasan bersuara di kalangan rakyatnya walaupun pandangan tersebut datang daripada seorang wanita. Dan dalam isu kadar mahar, beliau membenarkan pandangan seorang wanita yang tidak bersetuju dengan pandangannya.

5. Hak non-Muslim dari kalangan Ahli Zimmi dijaga sebagaimana hak yang diberikan ke atas warganegara yang beragama Islam.

▪️Kerajaan Zalim Dimusnahkan Oleh Allah

Kerajaan yang zalim seumpama mereka mencabar Allah. Hal ini demikian kerana mereka tidak mematuhi perintah Allah sedangkan Allah adalah Raja bagi segala raja yang mengharamkan kezaliman. Justeru, lihat bagaimana kerajaan zalim satu persatu dimusnahkan oleh-Nya bagi menggantikan kerajaan yang adil.

Pembukaan Kota Makkah oleh tentera Islam menyaksikan jatuhnya kerajaan di Makkah yang dipimpin oleh Musyrikin Makkah.

Firman Allah SWT :

Ų„ِŁ†َّŲ§ ŁَŲŖَŲ­ۡŁ†َŲ§ Ł„َŁƒَ ŁَŲŖۡŲ­ࣰŲ§ Ł…ُّŲØِŪŒŁ†ࣰŲ§

Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami memberikan kepadamu (wahai Muhammad) kemenangan yang nyata (pembukaan Kota Mekah).” (Surah al-Fath : ayat 1)

Firman Allah SWT :

ŁˆَŁ‚ُŁ„ۡ Ų¬َŲ§ۤŲ”َ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚ُّ ŁˆَŲ²َŁ‡َŁ‚َ Ł±Ł„ۡŲØَŁ€ٰŲ·ِŁ„ُۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„ۡŲØَŁ€ٰŲ·ِŁ„َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų²َŁ‡ُŁˆŁ‚ࣰŲ§

Maksudnya :
“Dan katakanlah (wahai Muhammad) : Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Surah al-Isra’ : ayat 81)

Allah menghancurkan kerajaan Saba’ kerana rakyatnya yang melakukan kemungkaran, dalam firman-Nya :

Ł„َŁ‚َŲÆۡ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł„ِŲ³َŲØَŲ„ࣲ ŁِŪŒ Ł…َŲ³ۡŁƒَŁ†ِŁ‡ِŁ…ۡ Ų”َŲ§ŪŒَŲ©ࣱۖ Ų¬َŁ†َّŲŖَŲ§Ł†ِ Ų¹َŁ† ŪŒَŁ…ِŪŒŁ†ࣲ ŁˆَŲ“ِŁ…َŲ§Ł„ࣲۖ ŁƒُŁ„ُŁˆŲ§۟ Ł…ِŁ† Ų±ِّŲ²ۡŁ‚ِ Ų±َŲØِّŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŁ±Ų“ۡŁƒُŲ±ُŁˆŲ§۟ Ł„َŁ‡ُŪ„ۚ ŲØَŁ„ۡŲÆَŲ©ࣱ Ų·َŪŒِّŲØَŲ©ࣱ ŁˆَŲ±َŲØٌّ ŲŗَŁُŁˆŲ±ࣱ * ŁَŲ£َŲ¹ۡŲ±َŲ¶ُŁˆŲ§۟ ŁَŲ£َŲ±ۡŲ³َŁ„ۡŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŪŒۡŁ‡ِŁ…ۡ Ų³َŪŒۡŁ„َ Ł±Ł„ۡŲ¹َŲ±ِŁ…ِ

Maksudnya :
“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka iaitu dua kebun di sebelah kanan dan kiri. (Dikatakan kepada mereka) : Makanlah olehmu dari rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar.” (Surah Saba’ : ayat 15-16)

Kekalahan kerajaan Rom yang dinyatakan dalam al-Quran iaitu :

ŲŗُŁ„ِŲØَŲŖِ Ł±Ł„Ų±ُّŁˆŁ…ُ
Maksudnya :
“Telah dikalahkan bangsa (kerajaan) Rom.” (Surah Ar-Rum : ayat 2)

Allah menghancurkan kerajaan Firaun, Qarun dan Haman, dalam firman-Nya :

ŁˆَŁ‚َŁ€ٰŲ±ُŁˆŁ†َ ŁˆَŁِŲ±ۡŲ¹َŁˆۡŁ†َ ŁˆَŁ‡َŁ€ٰŁ…َŁ€ٰŁ†َۖ ŁˆَŁ„َŁ‚َŲÆۡ Ų¬َŲ§ۤŲ”َŁ‡ُŁ… Ł…ُّŁˆŲ³َŁ‰ٰ ŲØِŁ±Ł„ۡŲØَŪŒِّŁ†َŁ€ٰŲŖِ ŁَŁ±Ų³ۡŲŖَŁƒۡŲØَŲ±ُŁˆŲ§۟ ŁِŪŒ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§۟ Ų³َŁ€ٰŲØِŁ‚ِŪŒŁ†َ * ŁَŁƒُŁ„ًّŲ§ Ų£َŲ®َŲ°ۡŁ†َŲ§ ŲØِŲ°َŁ†ۢŲØِŁ‡ِŪ¦ۖ ŁَŁ…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ… Ł…َّŁ†ۡ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁ„ۡŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŪŒۡŁ‡ِ Ų­َŲ§ŲµِŲØࣰŲ§ ŁˆَŁ…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ… Ł…َّŁ†ۡ Ų£َŲ®َŲ°َŲŖۡŁ‡ُ Ł±Ł„ŲµَّŪŒۡŲ­َŲ©ُ ŁˆَŁ…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ… Ł…َّŁ†ۡ Ų®َŲ³َŁۡŁ†َŲ§ ŲØِŁ‡ِ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶َ ŁˆَŁ…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ… Ł…َّŁ†ۡ Ų£َŲŗۡŲ±َŁ‚ۡŁ†َŲ§ۚ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„ِŪŒَŲøۡŁ„ِŁ…َŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŁ€ٰŁƒِŁ† ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆۤŲ§۟ Ų£َŁ†ŁُŲ³َŁ‡ُŁ…ۡ ŪŒَŲøۡŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
“Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah).Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah al-Ankabut : ayat 39-40)

▪️Penutup

Kerajaan yang dituntut oleh Islam ialah kerajaan yang adil kerana ia menepati kehendak Islam dalam mencapai objektifnya iaitu mendatangkan maslahat dan menolak kemudaratan. Bahkan tuntutan melakukan keadilan ini merupakan amanah sepanjang zaman ke atas manusia selaku khalifah di atas bumi.

Maka sebarang unsur kezaliman adalah diharamkan dan mesti ditentang habis-habisan. Kezaliman menjadikan kehidupan manusia hancur dan binasa. Disebabkan itu, Allah membinasakan kerajaan-kerajaan yang melakukan kezaliman bagi menggantikan kerajaan yang adil dalam mentadbir kehidupan manusia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo