20 terbunuh dalam rusuhan di New Delhi


NEW DELHI: Seramai 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam keganasan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) India, menyaksikan rusuhan besar-besaran berlaku di kebanyakan kawasan di New Delhi.

Keganasan bermula sejak Isnin, dikatakan turut membayangi lawatan dua hari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke India.

Dikatakan mereka yang membantah CAA menjadi sasaran dalam serangan itu.

Menurut saksi kejadian dan aktivis, antara kawasan yang menjadi sasaran perusuh ialah kedai dan kawasan kediaman.

Perusuh turut membawa bersama mereka senjata tajam dan senjata api.

Kerajaan New Delhi telah mengerahkan ambulans untuk memberi bantuan perubatan kepada mereka yang cedera.

-- BERNAMA
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post