[TIDAK RASMI] BN kekal di Kimanis


CALON Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin secara tidak rasmi memenangi kerusi Parlimen Kimanis selepas memperoleh majoriti hampir 1,913 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, hari ini, setakat 7.35 malam.

Mohamad mengumpul 12,414 undi meninggalkan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,501 undi (setakat 7.35 malam).

BN kini di landasan tepat untuk merampas kerusi parlimen itu memandangkan 76 peratus pengundi keluar mengundi daripada keseluruhan 29,664 pengundi berdaftar.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember 2019 mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2019 memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/536388/tidak-rasmi-bn-kekal-di-kimanis
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post