#PRKKimanis: Pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan, BN




PILIHAN Raya Kecil (PRK) Kimanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN).

Parti WARISAN mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon, ditentang calon BN, Datuk Mohamad Alamin selepas kedua-duanya diumumkan sah bertanding dalam PRK Kimanis pada 18 Januari ini.


Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jupery Etok dalam pengumumannya memaklumkan kedua-dua calon sah bertanding dalam PRK Kimanis, 10.25 pagi.


Jupery ketika membuat pengumuman turut berkata, Mohamad mengemukakan borang pencalonan 9.07 pagi, manakala Karim 9.10 pagi.

“Selepas menyemak kertas pencalonan itu dan saya berpuas hati sekali gus tidak ada calon ditolak borang mereka,” katanya.

Sehubungan itu, hanya dua calon yang mengemukakan borang

sebelum tempoh penerimaan borang calon tamat 10 pagi bagi PRK Kimanis.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman terbatal kerana pelanggaran peraturan pilihan raya.

Berikutan itu, SPR menetapkan hari mengundi pada 18 Januari dan undi awal pada 14 Januari.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post