KIMANIS : PH / Warisan semakin cemas dengan kesatuan yang ditunjukkan oleh pembangkang Sabah bagi memastikan kemenangan BN di Kimanis dalam PRK ini.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Haji Ahmad Dullah di sini pada petang semalam.
Tambahnya, kenyataan ini jelas menggambarkan kebimbangan dan rasa cemas mereka menghadapi kekuatan gabungan pembangkang yang hilang kepercayaan terhadap PH.
Dalam satu kenyataan terbaharu Setiausaha Dap, Chan Foong Hin membidas keutuhan pembangkang di negeri ini yang membantu kempen BN sekaligus memberi sokongan kepada Muafakat Nasional yang dikemudi PAS dan UMNO.
Haji Ahmad menambah, Dap merupakan racun dalam PH yang menimbulkan banyak onar dalam negara yang membangkitkan kemarahan rakyat.
“Sebenarnya Dap tidak sesuai dijadikan kawan politik apatah lagi mentadbir negara kerana selalu menimbulkan masalah dalam mana-mana gabungan parti,” tambah beliau.
“Ia terbukti apabila Dap hari ini sering campur tangan dalam pentadbiran kerajaan termasuklah urusan Agama Islam yang membangkitkan kebencian rakyat terhadap PH,” ujarnya.
Selain itu tambahnya, Dap juga gemar menimbulkan suasana tegang antara kaum dengan tindakan mereka yang berkali-kali membelakangkan perlembagaan.
“Bukti-bukti ini jelas menunjukkan Dap merupakan liabiliti kepada PH yang memberi isyarat kepada rakyat dan parti pembangkang di Sabah untuk menolak bersama mereka,” jelasnya.
Tegas Haji Ahmad, Dap merupakan ‘duri dalam daging’ bagi PH / Warisan yang akan menyumbang kepada kekalahan Warisan dalam PRK Kimanis pada 18 Januari ini.
STESEN televisyen Iran menunjukkan keadaan di bandar Isfahan yang tenang hari ini. - Foto AFP TEHRAN – Tiada serangan dron dari Israel ke a...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment