NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertembungan Anwar, Azmin gagal selesai 10 perkara berikut...?


oleh: Ekhwan Ali 

Berikut disenaraikan sekadar beberapa masalah yang memerlukan perhatian serius dan komitmen tinggi daripada pemimpin kerajaan bagi menanganinya.

Sekiranya pertelingkahan sesama sendiri bagi merebut kuasa lebih menjadi keutamaan, tidak mustahil statistik pada 2019 bakal merekodkan prestasi yang lebih buruk bagi masalah-masalah ini.

  1. Kematian disebabkan kemalangan jalan raya masih tersenarai pada kedudukan keempat dalam sepuluh sebab kematian utama di Malaysia pada 2018.
  2. Guru perlu mengajar lebih ramai murid pada 2018 akibat pertambahan sebanyak 0.7% murid sekolah rendah dan 3.1% murid sekolah menengah serta jumlah guru yang berkurang sebanyak 0.5% di sekolah rendah dan 2.2% di sekolah menengah.
  3. Tujuh (7/14) negeri masih merekodkan jenayah indeks melebihi paras nasional pada 2018 iaitu 273.8.
  4. Sembilan (9/14) negeri mencatatkan peningkatan bilangan penagih dadah pada 2018.
  5. Kesalahan bagi salah guna kedudukan mencatatkan peningkatan bilangan kertas siasatan yang dibuka dan bilangan tangkapan pada 2018 iaitu daripada 81 kepada 101 dan daripada 54 kepada 93.
  6. Bilangan perceraian meningkat 0.1% pada 2018 dengan bilangan perceraian Orang Islam meningkat 1.4% manakala perceraian Orang Bukan Islam menurun 4.9%.
  7. Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.0% pada 2018 berbanding tahun sebelumnya dengan kumpulan "perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain" serta "makanan & minimum bukan alkohol" dan "pengangkutan" sebagai penyumbang utama.
  8. Perbezaan purata gaji dan upah pada 2018 antara kawasan bandar dan luar bandar meningkat kepada 19.3% daripada 11.4%.
  9. Jumlah pengganggur meningkat kepada 504.3 ribu orang pada 2018 daripada 503.3 ribu orang pada 2017.
  10. Kira-kira 80% kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja pada 2018.
Ekhwan Ali ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Politik Nasional & Antarabangsa,
Terengganu Strategic& Integrity Institute

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo