Kena bela nasib muslim Uyghur


oleh: Ustaz Muhammad Ikram

NASIB umat Islam di Uyghur masih tidak terbela. Penghakisan identiti Islam di dalam kem-kem tahanan berjalan lancar. Pastinya, ada dalam kalangan mereka, yang melawan sudah bertemu Ilahi. Ada juga yang diambil organ mereka untuk dijual seperti yang tersebar baru-baru ini.

Kerajaan China sudah melampaui batas dan bersikap lebih teruk dari binatang yang belas kasihan sesama sendiri.

Isu ini membuka wajah sebenar kuasa besar dunia dan kebencian mereka terhadap Islam. Mereka ditindas hanyalah mereka muslim. Tiada yang membela mereka. Hanya kepada Allah tempat kita bergantung.

Baru-baru ini seorang pemain bola muslim di kelab Arsenal telah bersuara menyatakan, mengapa umat Islam berdiam diri dalam isu ini. Dia juga dikecam oleh penyokongnya sendiri di China. Ini menunjukkan, masyarakat China memang bekerjasama dalam penghapusan etnik Uyghur yang beragama Islam ini.

Namun, umat Islam tidak boleh hanya berpeluk tubuh, setiap umat Islam perlu memainkan peranan untuk membantu umat Islam di Uyghur dan diseluruh dunia.

1. Sentiasa berkongsi dan menyampaikan isu ini kepada masyarakat, supaya semua ambil cakna. Kita kena jaga sesama umat Islam. Isu ini ialah penghapusan akidah umat Islam. Isu agama bukan lagi isu tanah atau kesetiaan kepada negara. Ini perang ke atas agama Islam.

2. Kerajaan Malaysia khususnya, menteri agama yang mewakili suara umat Islam perlu masuk campur tangan menggesa kerajaan China memberhentikan kezaliman ini. Tunjukkan rahmat kepada umat Islam yang ditindas ini.

3. Umat Islam perlu memboikot barangan-barangan dan produk dari sana. Tunjukkan rasa tidak puas hati kita sentiasa terhadap isu ini. Sampai masa kita berkorban untuk umat Islam di sana.

4. Saya mencadangkan otai-otai membawang, twitter, FB, menyerang dan mengutuk tindakan kerajaan China ini di media-media sosial. Kuasa membawang kadang-kadang lebih dari yang dijangkakan. Cuma anda perlu ikhlas dan jaga kalam.

5. Kumpulkan petisyen-petisyen suara rakyat Malaysia mengutuk tindakan ini. Jika kita tidak bertindak sekarang, penghapusan etnik ini akan merebak selepas Rohingya, Uyghur dan mungkin pula sampai ke Malaysia tidak lama lagi.

6. Umat Islam perlu bersatu padu dalam isu-isu yang melibatkan umat Islam khususnya isu ini. Kita merasakan bahawa kita jasad yang satu. Jika satu anggota terluka, satu badan merasai kesakitannya. Tiada yang mengikat kita dengan mereka di Uyghur kecuali ikatan akidah. Dan ikatan Akidah lah ikatan paling tinggi menurut agama kita.

7. Akhirnya, marilah kita berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kemenangan kepada umat Islam di serata dunia. Hari ini dunia berperang dengan umat Islam dengan meredhakan penindasan-penindasan berlaku ke atas umat Islam.

Hasbunallah wanikmal wakil.

Ustaz Muhammad Ikram bin Abu Hassan ialah Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/12/20/kena-bela-nasib-muslim-uyghur/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post