NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GOPAC bersidang di Doha...



Dhoha, Qatar 9hb Disember 2019: Pagi ini bermula sesi perasmian Persidangan ke 7, GOPAC (Global Organization of Parliamentarians Against Corruption) oleh Speaker, Majlis Shura Qatar, Mr Ahmad bin Abdullah bin Zaid al Mahmoud diikuti oleh ucapan daripada Pengerusi GOPAC (2015-2019) Hon. Dr. Fadli Zon dan Mrs Gabrielle Cuevaz Barron, Presiden, Inter-Parliamentary Union (IPU).

Turut hadir mewakili Parlimen Malaysia ialah YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato' Hasanuddin Mohd Yunos (Hulu Langat), YB Hasbi Habibollah (Limbang) dan YB Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highland).

GOPAC merupakan pertubuhan antarabangsa di bawah IPU melibatkan ahli-ahli parlimen seluruh dunia yang memberi tumpuan terhadap usaha membanteras korupsi di seluruh dunia.

Dua topik utama perbincangan dalam sidang kali ini ialah urus tadbir baik dan integriti yang disampaikan oleh Mr Giorgi Kldiashvili, Dr HM Azis Syamsuddin, Timbalan Speaker, DPR Indonesia, Dr Carlos Alberto Perez Cuevas, Mrs Majda Alfallah, Mr Abdullah bin Fahad, Mr Kedar Khadka, Hon Mrs Jelena Zaric Kovacevic, Hon Lemi Taefu, Mrs Lyne Robinson Dalpe, Hon Emmanuel K. Bedzrah dan Mr Mohamad bin Mahdi al-Ahbabi.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

https://www.facebook.com/569086473101387/posts/2947249218618422/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo