NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China padam data etnik Uyghur




LONDON, 18 Rabiulakhir 1441H, Ahad – China kini dalam usaha memadam segala data, dokumen dan memperketatkan pengawalan maklumat susulan kebocoran maklumat rahsia berkenaan kem tahanan umat Islam, baru-baru ini.

Empat orang saksi mendakwa, pemimpin tertinggi kerajaan di wilayah Xinjiang telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana untuk bertindak terhadap kebocoran itu di Ibu Pejabat Parti Komunis China di Urumqi.

Mesyuarat berkenaan dijalankan selepas New York Times menerbitkan banyak ucapan dalaman berkenaan Xinjiang dari pemimpin tertinggi China termasuk presiden, Xi Jinping bulan lalu.

Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa dilaporkan, sedang menjalinkan kerjasama dengan organisasi berita di seluruh dunia untuk menerbitkan panduan rahsia operasi kem tahanan dan arahan bagaimana menggunakan teknologi menyasarkan manusia.

Kerajaan China sejak sekian lama bergelut dengan masalah berkenaan kehadiran 11 juta etnik Islam Uyghur di wilayah Xinjiang, dengan beberapa tahun kebelakangan ini bertindak menempatkan mereka di kem tahanan.

Bagaimanapun, pegawai Xinjiang dan Kementeri Luar China tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan ketulenan dokumen yang bocor sehingga mengejutkan dunia.

Sumber berkata, pihak berkuasa Xinjiang telah meletakkan mandat yang tinggi supaya kawalan maklumat diperketatkan sejak bulan Oktober lalu sebelum laporan berkenaan kebocoran itu dikeluarkan.

Mandat berkenaan antara lain menetapkan peraturan pegawai komuniti untuk membakar dokumen yang mengandungi maklumat peribadi sensitif penduduk di kawasan mereka seperti status tahanan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/12/15/china-padam-data-etnik-uyghur/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo