NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

600 Geng Motor ARC Terengganu Meriahkan DITC




Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, Seramai hampir kira-kira 600 orang ahli Alternative Riding Club (ARC) telah menyertai Gathering ARC Terengganu 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula 13 Disember di Darul Iman Terengganu Centre (DITC), Teluk Kalong.


Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya solat berjemaah, kuliah Maghrib, makan malam (BBQ), sembang santai, kuliah Subuh dan sukan serta menanam pokok kelapa panda oleh YB Hj Hanapiah Mat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagai tanda kenangan kehadiran Gathering ARC 2019 sebelum melepaskan konvoi bermotosikal ke Dataran Astaka Chukai,



Penghujung program kali ini menyaksikan semua peserta berkonvoi dengan motosikal bermula dari DITC sehingga ke Dataran Padang Astaka, Kemaman turut disertai oleh Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat untuk majlis penutup di sana Majlis diakhiri dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal Yamaha 125ZR dan makan tengahari.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai menyempurnakan majlis perasmian penutup yang turut dihadfiri oleh Nasir Abdul Razak, Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) dan Ramlan Mahmood, Pengarah Urusetia Didik Ulamak dan Amilin Terengganu (DUAT) serta Mohd Shuhaimi Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Darul Iman Training Centre (DITC).

Ketuanya, Mohd Rahim Razali berkata, Gathering ARC Terengganu 2019 ini telah memasuki edisi yang kesembilan pada kali ini sejak ianya mula ditubuh pada tahun 2007.

"Kita pusing semua daerah sebagai tuan rumah pada setiap tahun bermula pertama kali diadakan di Setiu sehinggalah tahun ini giliran di Kemaman," ujarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo