NOTIS:
Turki beri isyarat sedia lancarkan serangan ke atas Manbij
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan memberi isyarat bahawa tentera Turki dan sekutu pembangkang Syria bersedia melancarkan serangan terhadap bandar Manbij yang ditawan puak Kurdish.
Erdogan berkata kepada pemberita pada Isnin bahawa pihaknya akan melaksanakan keputusan tersebut ke atas Manbij.
Beliau berkata matlamat Turki adalah untuk memulangkan bandar tersebut kepada penduduk Arab Saudi yang dikatakan merupakan pemilik sah bandar berkenaan.
Terdahulu, media Turki melaporkan tentera Turki sedang bersiap-siaga untuk melancarkan operasi ke atas Manbij dan telah dihantar ke pinggir bandar tersebut.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/turki-beri-isyarat-sedia-lancarkan-serangan-ke-atas-manbij-220044
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment