NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanjong Piai bakal cipta sejarah politik baharu?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Tetiba sahaja pada Sabtu, 21hb September, 2019, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik meninggal dunia sekitar 6 pagi dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pontian, Johor.

Bukan sahaja rakyat yang terkejut, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut terkejut dengan pemergian Ahli Parlimen Tanjong Piai secara tiba-tiba. Dr Mahathir tiba untuk menyertai acara itu kira-kira jam 11 pagi, dan beredar tidak sampai sejam selepas itu. Beliau menyampaikan amanat dan menyempurnakan gimik perasmian.

Perdana Menteri tidak menyertai sidang media yang dijadualkan selepas Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Gerakan koperasi Sempena 100 Tahun pada 2022 di Cyberjaya untuk bergegas ke Pontian, Johor bagi menghadiri pengebumian allahyarham

Dr Mahathir juga membatalkan lawatan ke pameran Coop Trade City yang sepatutnya dihadiri beliau di majlis sama. "Baru semalam mereka solat Jumaat bersama. Beliau (Dr Mahathir) agak sedih. Dia (Farid) ialah salah seorang pemimpin Bersatu yang dilihat berpotensi," kata seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri ketika memaklumkan tentang perkara sidang media itu kepada pemberita di Tamarind Square, Cyberjaya .

Bertanding PRU ke-14

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dalam percaturan Pakatan Harapan, Bersatu bertanding lima kerusi parlimen yang mempunyai peluang untuk menang besar iaitu di Pagoh, Muar, Sri Gading, Simpang Renggam dan Tanjung Piai.

Calon-calon Bersatu bagi empat kerusi selain Tangong Piai, sama ada merupakan tokoh politik yang terkenal, pemimpin di peringkat pusat mahupun tokoh akademik. Sebaliknya, Bersatu meletakkan insan bernama Dr Md Farid Md Rafik, individu yang tidak begitu dikenali pada masa itu di Tanjung Piai.

Beliau yang dilihat seperti tidak berminat dengan politik, malah seakan sukar menyesuaikan diri dalam kancah yang dilihat kotor. Difahamkan Md Rafid bertanding kerana faktor ibunya, Norma Mohamad atau lebih mesra dengan sapaan Mak Ne yang merupakan seorang pemimpin Bersatu tempatan. Mak Ne juga adalah bekas ketua wanita Umno Tanjung Piai.

Kerusi Tanjong Piai ini sebelum ini adalah kerusi yang komposisi pengundi adalah Melayu mempunyai jumlah pengundi sekitar 57%, Cina 42%, India 1%. dan ditandingi oleh BN (MCA) sejak beberapa penggal yang lepas..

Dalam pilihanraya umum ke-13, Wee Jeck Seng (BN-MCA mendapat 25,038 undi) menang dengan majoriri 5,457 undi mengalahkan calon DAP, Mahadzir Ibrahim yang mendapat 19,581 undi.

Manakala dalam PRU ke14, Dr, Farid dipilih bertanding di Tanjong Piai atas perminttan Tun Dr Mahathir dan menang di luar jangkaan. Beliau menang dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan 3 penjuru BN(MCA)-PH (Bersatu) dan PAS.

Piagam Muafakat Nasional dan PAS ‘King Maker’

Pilihan raya kecil (PRK) baharu bagi Parlimen Tanjung Piai dan merupakan ujian pertama kepada Piagam Muafakat Nasional yang baharu dimeterai pada 14hb September baru ini. Di atas kertas sepatutnya tiada masalah untuk kerjasama BN-Pas merampas kerusi ini. Namun atas kertas tidak selalu menjadi realiti dalam politik.

Bagi PH. kerusi ini akan dipertahankan oleh calon Bersatu. PAS yang turut bertanding di kerusi ini pada PRU ke-14 yang lepas tidak wajar bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini. Manakala BN pula, kerusi ini tradisinya kerusi MCA.

Kemenangan calon BERSATU ini dibantu oleh penyertaan calon PAS, Nordin Othman, yang memperolehi 2,962 undi kerana jika PAS bekerjasama dengan MCA gabungan undi mereka, iaitu 23,693, akan membolehkan mereka menang dengan majoriti 2,438 undi.

Selain itu, kemenangan calon Bersatu dalam PRU ke14 lalu adalah kesan dari kekecewaan sebahagian permintaan akar umbi yang mahukan calon Umno bagi parlimen Tanjung Piai sewajarnya tidak dipenuhi oleh pucuk pimpinan BN kerana telah lima penggal mereka menunutuk kerusi tersebut digilirkan antara MCA dan UMNo sebelum ini yang sebahagian dari parlimen Pontian..

Untuk sekali lagi BN membuat kejutan dalam pilihanraya kecil ini dan cipta sejarah baru politik tanahair, semua parti pembangkang perlu ketepikan sentiment parti dan kaum. MCA kena berjiwa besar seperti MIC bertolak ansur memberi laluan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Cameron Highland baru-baru ini.

Meletak calon MCA yang tidak langsung mendapat sokongan kaum Cina juga boleh menjadi faktor kemarahan majoriti pengundi Melayu. Jika beliau mendapat undi masyarakat Cina kurang dari 30% dalam PRU lalu, maka eloklah MCA memikirkan keadaan untuk memberi laluan kepada Umno dalam PRK kali ini. Ikut jejak MIC melepaskan kerusi Cameron untuk di menenagi dalam PRK.

Umno sewajarnya diberikan peluang mewakili BN untuk meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Tanjung Piai pada PRK Tanjong Piai nanti. Tetapi Umno juga tidak boleh angkuh dengan meletakkan calon yang tidak sdisenangi oleh MCA dan MIC serta rakan taawun siyasi, PAS.

Kini, dengan senario politik yang sudah berbeza, tugas berat menanti calon BERSATU untuk mempertahankan kerusi P165 Tanjung Piai dalam PRK yang akan diadakan manakala kepada UMNO dan PAS pula inilah ujian pertama Piagam Muafakat Nasional mereka.

Apa pun keadaan masih terlalu awal untuk dibuat perhitungan dan pilihanraya kecil ini pun belum diputuskan lagi tarikhnya?


( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo