NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: PH momok penyatuan ummah, DAP promosi ‘Jesus Manifesto’


PETALING JAYA: PAS memberitahu Pakatan Harapan jangan memomokkan “penyatuan Melayu dengan acuan Islam” dengan label negatif, walhal dalam masa sama pemimpin DAP mempromosi “The Kingdom of God” dan “The Jesus Manifesto”.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penyatuan ummah akan memperkukuh kekuatan politik politik Melayu, dan akan mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“Ia selaras dengan tuntutan Islam, Perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa. Bagaimana pula dengan DAP?” katanya di Facebook.

Tuan Ibrahim mendakwa Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong mengungkapkan “The Kingdom of God” dan “The Jesus Manifesto” dalam satu forum Naratif Malaysia Baharu pad 14 September lalu.

“Adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar?” kata beliau sambil mengggesa polis harus siasat tindakan Steven Sim itu.

Kata beliau, PAS mahu mengingatkan DAP dan PH supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme.

Kata beliau, PAS juga ingin menegaskan penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka.

“Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan Perlembagaan dan tidak berubah. Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara,” kata beliau.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/18/pas-ph-momok-penyatuan-ummah-dap-promosi-jesus-manifesto/?utm_source=FCM&utm_medium=Push

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo