Isu Paya Jaras: Ini Sebab Kenapa Penduduk Tidak Berpindah Sejak 2015



ISU PAYA JARAS: MENEPIS KENYATAAN FITNAH CYBERTROOPER PAKATAN HARAPAN

ISU SEBENAR KENAPA PENDUDUK TIDAK BERPINDAH SEJAK 2015

YB Khairuddin (ADUN Paya Jaras) pernah berjanji pada semua penduduk:

"Saya sendiri akan duduk di bawah jentolak bersama2 penduduk sekiranya rumah dirobohkan."

­čö┤KRONOLOGI:

YB Khairuddin dalam kenyataan semalam berkata penduduk diminta kosongkan rumah sejak 2015. Tapi tak nak pindah. Ok ,ini kronologi yang sebenarnya..

Tahun 2016:
Notis pertama utk pengosongan baru diterima penduduk.

July 2016:
YB Khairuddin sendiri buat Surat Bantahan ke atas notis perobohan 153 buah rumah. Masa tu dia berjanji akan duduk bawah jentolak bagai.

5 Ogos 2019:
Keluar semula notis utk kosongkan rumah dalam masa 30 hari

7 Ogos 2019:
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak penduduk jumpa YB ADUN di pejabat SUK dan memberi surat rayuan untuk lanjutkan tempoh.

30 hari tak cukup untuk cari rumah sewa dan pindah barang, anak2 masih sekolah, isu kesihatan, transport, lokasi rumah sewa dan sebagainya.

9 Ogos 2019:
Pengerusi Penduduk wassap dan call untuk update. Tapi ADUN tak jawab dan angkat call. Sehinggalah....

29 Ogos 2019:
Pengerusi penduduk berjumpa Ahli Parlimen Sg. Buloh iaitu YB Sivarasa.

­čö╣Selepas itu YB Sivarasa buat 3 kenyataan di media iaitu:

1- Perobohan akan berlaku pada 16 september 2019, tetapi hanya melibatkan 3 buah rumah di Plot D sahaja.

2- Tidak akan ada perobohan lain sehingga November 2019.

3- Sekiranya penduduk tidak bersedia lagi, kami akan tangguh perobohan sehingga 31 Disember 2019.

Sepatutnya YB Sivarasa akan aturkan meeting bersama Pengerusi penduduk, Menteri Besar, YB ADUN dan Pejabat tanah pada 10 September.

Itu sebab penduduk tak buat apa2 kerana mereka masih menunggu jawapan dari pihak Kerajaan Negeri.

Malangnya pertemuan pada 10 September itu tidak berlaku sehinggalah 18 September 2019 jam 7 pagi semua rumah2 di Plot A hingga D dirobohkan.

­čö┤BETUL KE ITU KAWASAN SETINGGAN DAN PENEMPATAN HARAM?

Kawasan itu terbahagi kepada Plot A, B, C dan D.

Plot A & D- status geran individu
Plot B,C, - status tanah Kerajaan

Walaupun begitu, semua penduduk di Plot A,B,C, dan D diarahkan membayar cukai pintu dan cukai taksiran kepada pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam sejak berpuluh tahun.

­čö┤ADAKAH PENDUDUK MINTA PAMPASAN?

Penduduk di Plot A sahaja yg mendapat pampasan dan dijanjikan rumah Selangorku.

Penduduk di Plot B,C dan D tidak minta apa2 pampasan dan rumah. Mereka bersetuju jika dirobohkan. Tapi hanya minta diberi tempoh utk kosongkan rumah saja.

"YB ADUN KATA KERAJAAN TAK LEPAS TANGAN, SEMUA DIBERIKAN RUMAH."

betul ke?

­čö┤APA STATUS RUMAH SELANGORKU?

Tak wujud. Katanya akan dibina di Aman Putri Sg. Buloh. Tapi tanah di situ masih rata dan berbatu kerikir. Penduduk Plot A yang dijanjikan rumah pun belum dapat surat apa2 mahupun S&P lagi.

­čö┤BETUL KE RUMAH SELANGORKU DIBERI PERCUMA?

Tidak. Penduduk perlu membeli dengan harga RM42,000 dan juga perlu melalui proses loan seperti orang lain.

Dan pada 20hb September 2019
*tawaran pun sudah dibatalkan*

­čö┤BETUL KE DAKWAAN ADUN YANG PEROBOHAN RUMAH MENGIKUT S.O.P?

Tidak. Rakyat tidak disediakan penempatan sementara. Sebaliknya mereka diarahkan kosongkan rumah pada jam 7 pagi tanpa budi bicara. Tiada notis perobohan mereka terima samada dari pihak Majlis. Dan juga tiada notis pemotongan bekalan dari TNB ataupun SYABAS.

­čö┤APA YANG TERJADI PADA PAGI TERSEBUT?

Jam 6 pagi 18 september 2019, anak2 bangun ke sekolah, orang dewasa terutama suami keluar bekerja. Tinggal kaum ibu dan anak2 kecil yg masih tidur.

Jam 7 pagi ketika ramai yang masih tidur, datang beberapa buah jentolak termasuk 300 anggota polis dan Majlis dan juga FRU. Penduduk semua diarahkan kosongkan rumah.

Bayangkan keadaan masa tu, semua jadi panik kerana ada yang tidak tahu buat apa2 kerana suami dan anak2 lelaki dah pergi kerja.

Ada yang hanya mampu selamat sedikit barang sahaja kerana terpaksa uruskan anak2 kecil yang baru bangun dan kelaparan. Ada yang sakit, OKU dan sebagainya.

Ada juga semasa tengah sebok keluarkan barang, anak kena sawan dan sebagainya. Bayangkan macam mana mereka nak selamatkan kesemua barang di dalam rumah mereka?

Penduduk hanya dibiarkan duduk di depan rumah melihat rumah mereka sendiri dirobohkan jentolak di depan mata mereka sendiri.

Jam 9 pagi, anak2 baru balik dari sekolah kerana cikgu suruh pulang akibat Jerebu. Sepatutnya anak2 sekolah balik berlindung di rumah.

Tapi bila sampai, rumah mereka sudah tidak ada lagi. Bayangkan jika itu anak2 kita? Apa yang kita nak cakap pada mereka?

Fikirlah sendiri patut ke mereka semua dilayan sebegitu rupa?

Kepada pihak2 cybertrooper Kerajaan PH, sudah2 lah menghina, dan menfitnah mereka yang tengah dalam kesusahan

Ini bukan isu politik. Ini isu hak2 kemanusiaan. Isu kezaliman, dan ingatlah doa mereka yang di zalimi tiada hijab antaranya dengan Allah.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post