NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#HPU914: Ucapan Penuh Presiden PAS




HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH
(HPU 914)

UCAPTAMA PRESIDEN PAS
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL”

Ų§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲØŲ±ŁƒŲ§ŲŖŁ‡
Ų§Ł„Ų­Ł…ŲÆ Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų°ŁŠ Ų£ŁƒŲ±Ł…Ł†Ų§ ŲØŁ†Ų¹Ł…Ų© Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł… ŁˆŁŲ¶Ł„Ł†Ų§ Ų¹Ł„Ł‰ ŁƒŲ«ŁŠŲ± Ł…Ł† Ų§Ł„Ų£Ł…Ł… ŁˆŲ§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„Ł‰ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ¹Ł„Ł‰ Ų¢Ł„Ł‡ ŁˆŲµŲ­ŲØŁ‡ ŁˆŁ…Ł† ŁˆŲ§Ł„Ų§Ł‡.

Dengan penuh rasa ukhuwwah dan semangat persaudaraan yang wajib diikhlaskan, saya mewakili seluruh keluarga besar PAS bersama Gagasan Sejahtera menghulurkan salam persaudaraan kepada keluarga besar UMNO, parti-parti utama Barisan Nasional, rakan-rakan NGO dan tokoh masyarakat, seterusnya para dif jemputan, perwakilan dan tetamu yang sama-sama menyaksikan himpunan bersejarah ini, yang kita namakan ‘Himpunan Penyatuan Ummah’.

Kejayaan Penyatuan Ummah

Alhamdulillah hari ini kita menempa sejarah baru, mengingatkan sejarah silam kejayaan lima belas abad yang lalu, ketika Islam bermula di Asia Barat dalam masyarakat paling keras dan ganas, sekeras batu di padang pasir yang sentiasa hangat membakar.

Islam telah berjaya menyatukan bangsa Arab yang suka berperang sesama sendiri, memulakan penyatuan bangsanya dahulu dan memimpin bersama Islam, seterusnya diperintah supaya mengajak seluruh manusia bersama Islam tanpa paksaan dan membawa konsep persaudaraan seluruh manusia. Pada zaman keemasan generasi awal itu menyaksikan pengaruhnya berkembang ke Timur dan Barat, sehingga sampai ke Rantau Alam Melayu ini.



Sejarah Islam meninggalkan kesan kepada lahirnya lebih tiga ratus juta rumpun Melayu sehingga kini, namun telah dipecahkan oleh penjajah menjadi beberapa negara, termasuk Malaysia, sehingga berpecah lagi dalam satu negara dan bangsa sendiri.

Kini kita ingin mencipta sejarah baru untuk generasi yang akan datang, dengan kembali semula kepada penyatuan umat dan bangsa, mengikut acuan petunjuk Allah bagi mencapai kejayaan itu.

Allah berfirman:

﴿ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų­َŁ‚َّ ŲŖُŁ‚َŲ§ŲŖِŁ‡ِ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ…ُŁˆŲŖُŁ†َّ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َŁ”Ł Ł¢ ŁˆَŲ§Ų¹ْŲŖَŲµِŁ…ُŁˆŲ§ ŲØِŲ­َŲØْŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁَŲ±َّŁ‚ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ§Ų°ْŁƒُŲ±ُŁˆŲ§ Ł†ِŲ¹ْŁ…َŲŖَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ų„ِŲ°ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŲÆَŲ§Ų”ً ŁَŲ£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁƒُŁ…ْ ŁَŲ£َŲµْŲØَŲ­ْŲŖُŁ…ْ ŲØِŁ†ِŲ¹ْŁ…َŲŖِŁ‡ِ Ų„ِŲ®ْŁˆَŲ§Ł†ًŲ§ ŁˆَŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų“َŁَŲ§ Ų­ُŁْŲ±َŲ©ٍ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ ŁَŲ£َŁ†ْŁ‚َŲ°َŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ ŁƒَŲ°َŁ„ِŁƒَ ŁŠُŲØَŁŠِّŁ†ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ų¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ‡ِ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖَŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َŁ”Ł Ł£﴾ [Ų¢Ł„ Ų¹Ł…Ų±Ų§Ł†: 102-103]

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102) Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada Tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-pecahan; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya). (103)” (Surah Ali-Imran: 102-103)

Al-Quran Petunjuk Perpaduan

Al-Quran adalah Mukjizat petunjuk untuk seluruh manusia di sepanjang zaman. Al-Quran mengajar konsep perpaduan yang bersifat sejagat dan berwawasan sepanjang dunia sehingga akhirat, mengikut makna perkataan Islam daripada bahasa asalnya iaitu Al-Din yang tidak mampu diterjemahkan makna dan objektifnya dalam bahasa lain melalui perkataan agama, religion, ideologi dan teori.

Islam bermula dengan membina integriti individu, keluarga, bangsa dan negara bermasyarakat majmuk. Bermula dengan mengajak bangsa masing-masing bersama Islam tanpa paksaan, seterusnya menyatukan bangsa itu dan menghidupkan konsep masyarakat madani (civil society) dengan menegakkan negara berbilang kaum dan agama (plural society).

Acuan ini pernah menyatukan bangsa Arab jahiliah yang paling degil, keras dan ganas dalam dunia, suka berperang, berbunuhan, dan merompak sesama sendiri. Tiba-tiba Islam dapat melembutkan hati mereka, sehinggalah mereka bersatu bersama Islam dan menjadi bangsa yang mencipta tamadunnya sendiri dan mengislahkan semua tamadun yang lain, mengambil yang positif menolak yang negatif kepada kemanusiaan dengan petunjuk Al-Quran dan ketinggian akhlak.

Namun, Allah memberi amaran kepada bangsa Arab itu, bahawa hanya Islam menjadi penyelamat mereka. Allah berfirman:

﴿ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ŲŖَŲŖَŁˆَŁ„َّŁˆْŲ§ ŁŠَŲ³ْŲŖَŲØْŲÆِŁ„ْ Ł‚َŁˆْŁ…ًŲ§ ŲŗَŁŠْŲ±َŁƒُŁ…ْ Ų«ُŁ…َّ Ł„َŲ§ ŁŠَŁƒُŁˆŁ†ُŁˆŲ§ Ų£َŁ…ْŲ«َŲ§Ł„َŁƒُŁ…ْŁ£ŁØ﴾ [Ł…Ų­Ł…ŲÆ: 38]

“Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu” (Surah Muhammad: 38)

Apabila bangsa Arab meninggalkan Islam, kepimpinan umat Islam berpindah kepada bangsa bukan Arab yang bersama Islam. Sejarah menunjukkan bangsa Kurdis memimpin Kerajaan Ayyubiyah sehingga berjaya membebaskan Baitul Maqdis daripada penjajah Salib yang datang daripada Eropah, bangsa Turki pernah memimpin Kerajaan Uthmaniyah dan Kerajaan Islam Mughal di India.

Malah sejarah menyaksikan Raja-Raja Melayu beragama Islam berjaya menyatukan rumpun Melayu dan masyarakat majmuk di rantau ini sehingga rakyatnya menerima agama Islam dan Bahasa Melayu berhuruf Al-Quran menjadi bahasa rasmi Nusantara yang pengaruhnya masih ada sehingga kini di kalangan 300 juta jumlahnya, merangkumi Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Selatan Thailand dan bangsa Champa di Kemboja dan Vietnam.

Maka semua pihak jangan risau kepada penyatuan Melayu yang dianjurkan oleh UMNO dan PAS pada hari ini. Inilah petunjuk Allah yang berfirman:

﴿ŁˆَŁ…َŲ§ Ų£َŲ±ْŲ³َŁ„ْŁ†َŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ٍ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŁ„ِŲ³َŲ§Ł†ِ Ł‚َŁˆْŁ…ِŁ‡ِ Ł„ِŁŠُŲØَŁŠِّŁ†َ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁَŁŠُŲ¶ِŁ„ُّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…َŁ†ْ ŁŠَŲ“َŲ§Ų”ُ ŁˆَŁŠَŁ‡ْŲÆِŁŠ Ł…َŁ†ْ ŁŠَŲ“َŲ§Ų”ُ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ²ِŁŠŲ²ُ Ų§Ł„ْŲ­َŁƒِŁŠŁ…ُŁ¤﴾ [Ų„ŲØŲ±Ų§Ł‡ŁŠŁ…: 4]

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka (bangsanya). Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Ibrahim: 4)

Perpaduan Asas Kemerdekaan

Islam ini perlu dianut oleh kaum yang mendominasi kepimpinan negara. Kita hanya menyambung apa yang telah dimulakan oleh para pemimpin pertama ketika mencapai kemerdekaan, yang telah berjaya meletakkan asas negara Malaysia dalam Perlembagaan.

Asasnya dengan mengambil kira perjuangan kemerdekaan menentang penjajah yang merampas tanah air ini dimulakan oleh orang Melayu Bumiputera, sebelum kedatangan kaum lain yang juga dipaksa oleh penjajah. Tanpa menafikan para pemimpin semua kaum juga terlibat dalam perjuangan kemerdekaan.

Pilihan Raya Pra Kemerdekaan 1955 mempamerkan parti Melayu terbesar UMNO dan PAS, bersama parti kaum MCA dan MIC telah menggubal Perlembagaan Persekutuan berasaskan:

1. Islam Agama Persekutuan, serta hak bagi agama lain yang dianut oleh kaum yang bersama kita;
2. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, tanpa dihalang bahasa kaum lain; dan
3. Hak Istimewa Melayu Bumiputera, kerana mereka menjadi mangsa paling lama dipinggir penjajah dalam ekonomi dan penyusunan masyarakat majmuk yang tidak saksama, menjadikan mereka paling jauh ketinggalan dalam pendidikan dan ekonomi, namun haram menzalimi kaum lain yang ada juga ketinggalan.

Pengaruh Islam yang masuk ke dalam diri orang Melayu berjaya membentuk budaya bermasyarakat majmuk. Maka jangan sekali-kali ada yang mahu merungkai dengan konsep yang lain. Ini adalah sempadan lampu merah, kalau dinyalakan jangan dirempuh, kalau dirempuh parah padahnya!

Sepatutnya kita membaiki kelemahan yang sebenar dengan membina ke arah lebih baik, bukan laksana tikus membaiki labu. Labunya rosak tidak boleh dimakan, kerana tikus ada kuman dan air kencing yang terkenal berbahaya.

Oleh itu, semua kaum jangan risau dengan himpunan pada hari ini. Dengar, faham dan lihat dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang menghukum dengan kefahaman yang salah.

Islam Memimpin Masyarakat Majmuk

Islam menerima adanya bangsa, bahasa dan budaya kerana ciptaan Allah yang tidak boleh dihapuskan. Islam juga menegaskan konsep tiada paksaan dalam beragama dan hak beragama kepada penganut agama lain. Maka teori ‘Malaysian Malaysia’ dengan alasan menzalimi kaum lain adalah ajaran salah.

Fahamlah di sini bahawa alam Melayu telah dicipta Allah, seperti juga alam bangsa lain. Cita-cita mahu menghapuskan bangsa, laksana mahu menghapuskan matahari dan bulan yang tidak mungkin dicapai oleh tangan manusia yang kakinya berpijak di bumi dan melihat ke angkasa lepas dengan pandangan yang terbatas.

Dengarlah firman Allah:

﴿ŁˆَŁ…ِŁ†ْ Ų¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ‡ِ Ų®َŁ„ْŁ‚ُ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ§ŁˆَŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§Ų®ْŲŖِŁ„َŲ§Łُ Ų£َŁ„ْŲ³ِŁ†َŲŖِŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ£َŁ„ْŁˆَŲ§Ł†ِŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّ ŁِŁŠ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ł„َŲ¢ŁŠَŲ§ŲŖٍ Ł„ِŁ„ْŲ¹َŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َŁ¢Ł¢﴾ [Ų§Ł„Ų±ŁˆŁ…: 22]

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaan-Nya (Allah) ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan” (Surah Ar-Rum: 22)

Islam dimulakan dengan perpaduan keluarga dan bangsa, maka di sini ditegaskan bahawa terasnya adalah bangsa Melayu dan Bumiputera. Allah berfirman kepada Rasulullah S.A.W.:

﴿ŁˆَŲ£َŁ†ْŲ°ِŲ±ْ Ų¹َŲ“ِŁŠŲ±َŲŖَŁƒَ Ų§Ł„ْŲ£َŁ‚ْŲ±َŲØِŁŠŁ†َŁ¢Ł”Ł¤﴾ [Ų§Ł„Ų“Ų¹Ų±Ų§Ų”: 214]

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat”. (Surah As-Syuaara’: 214)

Maka Rasulullah S.A.W. mula berdakwah dengan keluarga dan kaum bangsanya dahulu, walaupun kerasulannya kepada seluruh manusia. Menyatukan dahulu bangsanya yang berpecah dan berperang, disatukan dengan Islam dan membina jati diri mereka dengan Islam, sebelum dilaksanakan Islam yang adil untuk semua bangsa dalam negara bermasyarakat majmuk.

Inilah Islam yang menjadi pegangan bangsa Melayu sebelum kedatangan penjajah. Inilah juga Islam yang menegakkan kerajaan Melayu Melaka yang bersejarah dan kerajaan lain di rantau ini.

Melaka atau “Malqa” yang bermakna tempat pertemuan itu pernah menjadi pusat tamadun Melayu Islam, dan tegaknya negara Melayu di beberapa daerah di nusantara ini yang menjadi kunjungan berbagai kaum sehingga terciptanya masyarakat majmuk.

Namun, penjajah bangsa Eropah datang merosakkan segala-galanya. Sekarang kita sudah Merdeka pada jasad, tetapi hantu-hantu penjajah itu masih berkeliaran merasuk pemikiran rakyat. Hantu-hantu penjajah ini yang paling benci dengan perpaduan Melayu dan paling marah dengan himpunan kita pada hari ini laksana kata:


Melukut di tepi gantang,
Buka sanggul mencari kutu,
Orang takut akalnya hilang,
Jumpa tunggul disangka hantu.

Kalau tunggul pun takut, maka yang bukan tunggul lagilah takut. Itu semua sangkaan yang karut!

Insya-Allah kehadiran sahabat-sahabat kita daripada kalangan bukan Melayu dan bukan Islam dapat menjernihkan keadaan. Namun keadaan yang cerah sebenarnya perlu melalui perubahan semula landskap negara yang telah dirosakkan oleh makhluk-makhluk perosak yang masih berkeliaran ini, sama ada di kalangan bukan Melayu yang salah faham atau Melayu yang menjadi kuda kayu yang ditunggang!

Kaum lain bukan Melayu dan bukan Islam sepatutnya tidak merasa khuatir dengan adanya jaminan keadilan dan hak mengikut Al-Quran yang wajib diimani oleh penganut Islam dan ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang dibimbangi pada hari ini adalah keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan Raja-raja, yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik.

Begitu juga kalangan orang Islam sendiri yang hilang jati diri Islam dan Melayu kerana laksana tikus kekenyangan dalam kepuk padi atau semut yang bergelimpangan dalam gula. Mereka ini turut sama berperanan merosakkan konsep dominasi kaum yang memimpin bersama Islam. Rakyat pelbagai kaum hendaklah menolak ‘makhluk perosak’ ini dalam pilihan raya yang akan datang!

Asas Kerjasama Politik

Mengapa PAS bersama UMNO memulakan pendekatan baharu yang diisytiharkan pada hari ini?

Ini kerana kedua-dua parti yang berlainan mempunyai titik persamaan paling banyak, menjadi parti paling awal dalam perjuangan kemerdekaan dan ketika mencapai kemerdekaan.

Titik persamaan itu telah berjaya meletakkan asas penting dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: kedudukan Islam, hak agama lain, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, hak bermasyarakat majmuk dan lain-lain.

Pertembungan hanya dalam perbezaan pendekatan dan salah faham dalam perkara cabang yang bersifat teknikal. Maka dalam menghadapi cabaran yang lebih besar, kita wajib bersatu dalam perkara dasar dan asas, dan boleh bertolak ansur dalam perbezaan, serta bermaaf-maafan dalam pertembungan.

Islam mendahulukan konsep persaudaraan keluarga dan bangsa, dahulukan hubungan silaturrahim dalam satu keluarga dan satu bangsa, seterusnya hubungan kemanusiaan yang bermasyarakat madani, walaupun majmuk berbagai agama dan bangsa, tetapi tetap wajib bermasyarakat dalam memakmurkan bumi mengikut ketentuan Allah yang berfirman:

﴿ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų±َŲØَّŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų®َŁ„َŁ‚َŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ Ł†َŁْŲ³ٍ ŁˆَŲ§Ų­ِŲÆَŲ©ٍ ŁˆَŲ®َŁ„َŁ‚َ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ Ų²َŁˆْŲ¬َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲØَŲ«َّ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ًŲ§ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁˆَŁ†ِŲ³َŲ§Ų”ً ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲŖَŲ³َŲ§Ų”َŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ­َŲ§Ł…َ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ų±َŁ‚ِŁŠŲØًŲ§Ł”﴾ [Ų§Ł„Ł†Ų³Ų§Ų”: 1]

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya- zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu).” (Surah An-Nisa’: 1)

Seterusnya manusia adalah keluarga besar menjadi penduduk bumi yang dimakmurkan dengan berbagai hasil dan kebolehan yang berbeza yang mewajibkan mereka bekerjasama dalam kehidupan dunia dan memakmurkannya dengan hasil bumi yang bersifat galian, pertanian, hidupan jinak dan liar, disertakan kemahiran yang berbagai.

Adalah mustahil manusia itu hidup bersendirian, sama ada seorang diri, satu keluarga atau satu bangsa sahaja, kerana Allah menetapkan supaya bermasyarakat, dengan firman-Nya:

﴿ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų®َŁ„َŁ‚ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ Ų°َŁƒَŲ±ٍ ŁˆَŲ£ُŁ†ْŲ«َŁ‰ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų“ُŲ¹ُŁˆŲØًŲ§ ŁˆَŁ‚َŲØَŲ§Ų¦ِŁ„َ Ł„ِŲŖَŲ¹َŲ§Ų±َŁُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†َّ Ų£َŁƒْŲ±َŁ…َŁƒُŁ…ْ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŲŖْŁ‚َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌ Ų®َŲØِŁŠŲ±ٌŁ”Ł£﴾ [Ų§Ł„Ų­Ų¬Ų±Ų§ŲŖ: 13]

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan (berhubungan, bertolong menolong dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-hujurat: 13)

Maka teori ‘Malaysian Malaysia’ ke arah menghapuskan hak bangsa Melayu dan Bumiputera dan kedudukan agama Islam, adalah ajaran salah yang melanggar sempadan konsep negara ini yang wajib dipertahankan. Perkelahian kerana perbezaan bangsa berkonsepkan asabiyah (fanatik) juga salah kerana semua para Rasul yang membawa Islam mengajar sayang kepada bangsa masing-masing dan melarang asabiyah.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Ł„ŁŠŲ³ Ł…Ł†Ų§ Ł…Ł† Ł‚Ų§ŲŖŁ„ Ų¹Ł„Ł‰ Ų¹ŲµŲØŁŠŲ©، ŁˆŁ„ŁŠŲ³ Ł…Ł†Ų§ Ł…Ł† Ł…Ų§ŲŖ Ų¹Ł„Ł‰ Ų¹ŲµŲØŁŠŲ©، ŁˆŁ„ŁŠŲ³ Ł…Ł† ŲÆŲ¹Ų§ Ų„Ł„Ł‰ Ų¹ŲµŲØŁŠŲ©.

“Bukan daripada kita orang yang berperang di atas dasar asabiyah, bukan daripada kita orang yang bermatian kerana asabiyah dan bukan daripada kita orang yang mengajak kepada asabiyah”

Apabila ditanya: Apakah asabiyah itu?

Sabda Rasulullah S.A. W.
Ų£Ł† ŲŖŲ¹ŁŠŁ† Ł‚ŁˆŁ…Łƒ Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„ŲøŁ„Ł…
“Kamu menolong kaummu berlaku zalim”.

Semuanya dapat difahami dalam konsep Ta’awun yang kami perkenalkan dalam kerjasama PAS dan UMNO berpandukan firman Allah:

﴿ŁˆَŲŖَŲ¹َŲ§ŁˆَŁ†ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲØِŲ±ِّ ŁˆَŲ§Ł„ŲŖَّŁ‚ْŁˆَŁ‰ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ¹َŲ§ŁˆَŁ†ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ«ْŁ…ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹ُŲÆْŁˆَŲ§Ł†ِ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų“َŲÆِŁŠŲÆُ Ų§Ł„ْŲ¹ِŁ‚َŲ§ŲØِŁ¢﴾ [Ų§Ł„Ł…Ų§Ų¦ŲÆŲ©: 2]

“Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya” (Surah Al-Maidah: 2)

Maka alasan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana diskrimasi terhadap kaum lain adalah tidak benar, bahkan Melayu dan Bumiputera paling menjadi mangsa di zaman penjajahan sejak beratus tahun kerana mereka dahulu berada di sini dan lebih awal menentang penjajah dan menjadi mangsa pertama kezaliman penjajah.

Kesan peninggalannya tidak boleh di atasi dengan mudah dalam masa yang cepat. Berbeza dengan kedudukan kaum lain yang datang kemudian, tanpa dinafikan ada juga kalangan mereka yang wajib dibela. Namun sikap kemanusiaan yang diajar oleh Islam masuk ke dalam hati orang Melayu yang beragama Islam sehingga disebut “Islam itu Melayu, Melayu itu Islam”, namun membolehkan hidup bertoleransi bersama kaum lain.

Perjuangan Komunis yang menolak agama dan bangsa bukan tempatnya di sini, maka perjuangan Komunis juga adalah suatu bentuk penjajahan untuk mengambil tempat penjajah. Dan PAS pernah bersama UMNO meluluskan ISA bagi menghalang pengaruh Komunis. Justeru itu, jasa besar para tentera, polis dan pasukan keselamatan yang berkorban nyawa untuk melindungi negara adalah wajib dikenang dan dihargai, semoga dirahmati Allah SWT hendaknya.

Dalam semua hal ini, tidak ada perbezaan di antara PAS dan UMNO, maka Islam mengajar kami, ada masa untuk berbalah, bukannya berbalah sepanjang masa dan jangan melampaui batas apabila berbalah. Sekarang perbalahan sudah rapat ke dinding yang disekat oleh sempadan Islam yang menyatukan kita.

Maka jangan ada pihak yang merasa hairan dengan apa yang berlaku, kerana kita sama-sama dijadikan Allah sebagai bangsa Melayu, tidak boleh menghapuskan sifat Melayu kita dan tidak boleh melangkah keluar daripada sempadan Islam yang menjadi keyakinan kita, umpama bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Keharmonian Masyarakat Majmuk

Islam juga mengajar kita dalam hubungan baik dengan semua kaum dan agama secara bersaudara dalam sifat kemanusiaan hendaklah diutamakan, sehingga kalau berlaku kemalangan yang mencetuskan peperangan sekalipun, Islam memerintah supaya perdamaian hendaklah didahulukan kerana keutamaan hubungan kemanusiaan ini. Ini adalah arahan Allah di dalam Al-Quran:

﴿ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų¬َŁ†َŲ­ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ„Ų³َّŁ„ْŁ…ِ ŁَŲ§Ų¬ْŁ†َŲ­ْ Ł„َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲŖَŁˆَŁƒَّŁ„ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ِŁŠŲ¹ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŁ„ِŁŠŁ…ُŁ¦Ł” ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲÆَŲ¹ُŁˆŁƒَ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų­َŲ³ْŲØَŁƒَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų£َŁŠَّŲÆَŁƒَ ŲØِŁ†َŲµْŲ±ِŁ‡ِ ŁˆَŲØِŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َŁ¦Ł¢ ŁˆَŲ£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ Ł„َŁˆْ Ų£َŁ†ْŁَŁ‚ْŲŖَ Ł…َŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ Ł…َŲ§ Ų£َŁ„َّŁْŲŖَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٌ Ų­َŁƒِŁŠŁ…ٌŁ¦Ł£﴾ [Ų§Ł„Ų£Ł†ŁŲ§Ł„: 61-63]

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Anfal: 61-63)

Walaupun ayat tersebut berkaitan hubungan dengan negara lain, adapun kita ini adalah masyarakat majmuk dalam satu negara Malaysia yang sudah lama bersaudara. Maka PAS dan UMNO tetap menerima kehadiran bersama kaum lain dalam landskap politik negara kita dengan acuan Islam yang menerima masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Melayu Islam.

PAS sudah ada bersamanya ahli bukan Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (yang kini mahu digelar sebagai ‘Pendukung’ PAS) dan parti pelbagai kaum dalam Gagasan Sejahtera. UMNO juga terus menjalin hubungan dengan parti berasaskan kaum lain seperti MCA dan MIC.

Ini adalah titik persamaan di antara dua parti Melayu Islam yang boleh menerima siapa sahaja yang bersama konsep ini. Kita juga bersama menentang siapa sahaja yang mahu merosakkan negara ini yang tidak mahu mengikut acuan kita.

Kepada rakyat berbagai kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak, marilah kita memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan penyatuan ini.

Berpegang kepada semangat Perlembagaan Persekutuan, kita beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup peribumi Sabah dan Sarawak serta menyeru semua pihak untuk memperkukuhkan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dengan memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya, ke arah menguatkan Persekutuan dan merapatkan jurang perbezaan yang wujud selama ini.

Marilah kita kekalkan sistem demokrasi dan menyuburkannya. Halang campur tangan asing terhadap perubahan negara kita. Biarlah kita sendiri yang membuat perubahan. Maka potongkan tangan-tangan yang melambai ‘makhluk asing’ untuk mengacau negara kita!

Tanamkan sifat sayangkan bangsa sendiri dan selamatkan semua bangsa bersama Islam. Ini bukannya perkauman, kerana kalaulah kita ini bersifat perkauman (rasis) sudah lama bangsa lain tidak boleh hidup bersama kita.

Teruskan perjalanan kita mencipta sejarah perpaduan bangsa bersama Islam dan perpaduan manusia bersama Islam yang tetap memimpin!

Saya hadiahkan pantun ini;

Mari sama kita berakit,
Kita sambut datang membeli,
Teguh bersatu laksana bukit,
Anjing menyalak jangan dipeduli.

Di atas robohan Kota Melaka,
Pantang Melayu menyerah kalah,
Datang penjajah ganggu pusaka,
Membujur lalu melintang patah!

Penutup

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita beristiqamah menghadapi cabaran bagi menjayakan agenda “Islam Memimpin Perpaduan Melayu dan Rakyat Malaysia”, membulat tekad menyelamatkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat, dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.

Marilah kita menjalin kerjasama di atas kebenaran dan ketakwaan. Jangan putuskan hubungan Islam, bangsa dan kemanusiaan. Kalau jauh dekat-dekatkan, kalau renggang rapat-rapatkan, kalau putus hubung-hubungkan. Teruskan perjalanan perpaduan ummah, laksana biduk lalu kiambang bertaut, air dicincang tidak akan putus.

Sekalung tahniah dan terima kasih dirakamkan kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perunding daripada kami pihak PAS, YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, dan bagi pihak UMNO YB Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Perunding dan Jawatankuasa Teknikal, serta semua para pemimpin yang telah merintis jalan dan mendukung ke arah pengukuhan agenda ‘Penyatuan Ummah Dan Perpaduan Nasional’ dalam negara Malaysia tercinta ini.

Akhirnya kita doakan kejayaan dengan berkat muafakat serta mendapat restu hidayah Allah dan pertolongan-Nya.

Ų³ŁŠŲ±ŁˆŲ§ Ų¹Ł„Ł‰ ŲØŲ±ŁƒŲ© Ų§Ł„Ł„Ł‡
Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų£ŁƒŲØŲ± ŁˆŁ„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų­Ł…ŲÆ

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

14 Muharram 1441 / 14 September 2019
Dewan Merdeka, PWTC

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo