NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengenang Dr Abbas Alias (1914–2004)


Hari ini 9/8/2004 - 9/8/2019 genap 15 tahun Dato Dr Haji Abbas Alias kembali ke Rahmatullah bersamaan pada 23 JumadilAkhir 1425H ketika berusia 90 tahun.

Almarhum Dr Abbas Alias, merupakan Yg Dipertua Agung PAS ke-2 dari tahun 1953-1956. Bagi mereka yg mengikuti sejarah, pasti akan mengingati sumbangan besarnya kpd parti Islam itu.

Sikap & pendirian tegas PAS di bawah Dr Abbas khususnya mengenai rundingan kemerdekaan & kelayakan mengundi terakam baik dlm sejarah. Asas ketuanan Melayu dlm sebuah negara merdeka ditekankan oleh PAS kpd Rombongan Merdeka ke London. PAS mengingatkan rombongan itu, “janganlah sama sekali melupakan bahawa Malaya atau Tanah Melayu ini kepunyaan bangsa Melayu & bangsa Melayu berhak terhadap untung nasibnya.

PAS juga membantah prinsip Jus Soli yg dicadangkan Perikatan yg memudahkan rakyat asing mengundi.

Almarhum mendapat pendidikan di Universiti Singapura, seterusnya mengikuti kursus lanjutan di London.

Pernah mendalami ilmu pentadbiran kesihatan di bawah Rancangan Colombo, di Kanada.
Meskipun beliau seorang profesional tetapi jiwanya melekat kukuh kepada perjuangan Islam yg dipelopori ulamak.

Beliau sentiasa mendalami ilmu agama, hampir setiap malam dia mengikuti kuliah agama di masjid2, tabiat yang dimulakan ketika muda sehingga ke usia lanjutnya.

Dia bukan hanya mendengar tetapi sentiasa membawa buku catatan.

Sekitar tahun 50-an dan 60-an, Dr Abbas kerap ke Makkah, mengetuai rombongan perubatan jemaah haji.

Dr Abbas pernah menjadi Yg Dipertua Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor. Almarhum dilantik Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kuala Lumpur, yang merupakan masjid terulung ketika itu, yakni sebelum terbinanya Masjid Negara.

Dr Abbas digantikan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi sebagai YDP PAS ketiga, pada 25/12/1956, dlm muktamar ke-5.

Ya Allah tempatkanlah roh Almarhum Tuan Haji Abbas bersama saf ulama di sisiMu dan tempatkanlah ia disyurga Firdaus Mu.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu

aminnn aminnn aminn Ya RobbalAlaminnn

#Sejarawan #DoktorMelayuPertama #WeLoveUlama #DemiIslam #IslamMemimpin

Sumber: https://www.facebook.com/adamhamidjarnail/photos/a.2047345782255581/2392160811107408/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo