NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara ditadbir oleh kerajaan yang gagal


SEREMBAN 21 Julai - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketidakstabilan ekonomi dan politik ketika ini berlaku ekoran negara ditadbir oleh sebuah kerajaan yang gagal.

Katanya, sejak awal lagi parti-parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) bergabung bukan untuk membantu rakyat dan negara, sebaliknya bagi memenuhi agenda masing-masing.

“Tidak ada hala tuju ekonomi, politik tak stabil, asyik bergaduh antara parti dan dalam parti. Asyik-asyik dia punya bintang filem, video (seks). Sampai bila kita hendak dibelenggu dengan video macam ini.

“Ketika ini negara kita kita berundur ke belakang. Ini kerana negara gagal diurus oleh kerajaan yang dulunya berkobar-kobar menjatuhkan BN kerana hasd dengki. Bukan kerana hendak mentadbir negara dan memberi kesenangan tetapi memuaskan hati dan agenda mereka.

“Apabila parti pemerintah tidak stabil, siapa yang hendak datang melabur ke negara yang politiknya tidak menentu. Sekejap (hendak serah jawatan) dalam masa dua tahun, sekejap tiga tahun,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Makkal Sakti Ke-11 di Nilai di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S Thanenthiran; Presiden Kongres India Muslim Malaysia, Datuk Seri Syed Ibrahim Kadir; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha.

Mohamad berkata, kegagalan kerajaan PH mentadbir negara telah mengakibatkan kehidupan rakyat semakin tertekan.

“Tidak ada apa yang mereka buat selepas setahun mentadbir negara, rakyat semakin susah, kuasa beli menurun dan harga barang semakin naik.

“Rakyat hilang pendapatan, kelapa sawit jatuh pada harga terendah dalam sejarah. Itu baru lebih 400 hari mereka memerintah, bayangkan kalau lima tahun,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, langkah menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun bakal memberi kesan kepada kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“BN perlu bersedia lebih awal bagi untuk mendekati dan meyakinkan anak-anak muda yang tidak tahu apa-apa ini, pastikan mereka bersama kita. Pengundi dalam PRU-15 akan bertambah sebanyak lapan juta orang menjadi 22.5 juta orang. Ini angka yang besar, kena fikir elok-elok,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo