NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila PH mahu bentang RUU 355? soal PAS




KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menyatakan bilakah ia akan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 di Dewan Rakyat, usul kontroversi yang ditangguhkan parti Islam itu sebelum ini.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dalam jawapan bertulisnya beberapa hari lalu berkata kerajaan berhasrat meminda akta itu.

"Soalnya bila? Sama ada bulan ini, tahun ini, 2 tahun lagi, 10 tahun lagi? Tolong beri penjelasan kerana kita mahukan waktu bila nak pinda akta ini," katanya, ketika membahaskan RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah Persekutuan) hari ini.

PAS sebelum ini mengumumkan ia akan menyokong kerajaan jika RUU 355 dibentangkan di Dewan Rakyat.

RUU kontroversi itu, yang mahu menaikkan hukuman bagi pesalah syariah daripada maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan kepada denda maksimum 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan, mula dibentangkan PAS pada Mei 2016.

Usul persendirian Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) itu bagaimanapun ditangguhkan dan dibentangkan buat kali ke-2 pada November tahun sama dan kali ke-3 pada April 2017.

Hadi dilapor berkata ia ditangguhkan kerana usul seperti itu perlu dicadangkan oleh pihak menteri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh pada Julai tahun lepas menjelaskan sebarang permohonan untuk membahaskan usul persendirian perlu dibuat oleh ahli Parlimen, dengan mengemukakan notis 14 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Katanya, usul itu akan dibahaskan jika speaker Dewan Rakyat meluluskannya. - FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo