KUALA LUMPUR, 27 Rejab 1440H, Rabu – Peguam Negara, Tommy Thomas tidak layak bercakap mengenai Perlembagaan kerana banyak tindakan beliau yang membelakangi Perlembagaan, kata pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Beliau berkata, Tommy mungkin pakar Perlembagaan Komanwel, tetapi dalam konteks Perlembagaan Malaysia yang ada semangat roh dan aspirasinya tersendiri, Peguam Negara itu kelihatan gagal untuk memahami, terutama fungsi Majlis Raja-Raja.
"… terlalu banyak perlanggaran Perlembagaan dilakukan oleh Tommy dalam konteks tribunal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang saya akan senaraikan satu demi satu siri-siri kegagalan beliau selaku Peguam Negara.
"Beliau gagal untuk memberikan nasihat yang betul kepada Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan kesemuannya adalah manifestasi kelemahan beliau memahami Perlembagaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada masa sama, Khairul menyembah takzim kenyataan dikeluarkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2 April lalu yang mengingatkan Kerajaan Pusat mengenai dua perkara yang dilakukan tanpa mengikut Perlembagaan Negara.
Dalam kenyataan di laman Facebook baginda, Tunku Ismail bertitah, Putrajaya telah melakukan dua perkara tidak mengikut Perlembagaan iaitu berkenaan dengan Projek STS di perairan Johor dan isu ratifikasi Statut Rom.
Mengulas mengenai isu Statut Rom yang dinyatakan Tunku Ismail, Khairul berkata, umum mengetahui perkara itu adalah salah satu isu yang berkait dengan Raja-Raja Melayu atas kapisiti sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera.
"Justeru, sekiranya Malaysia terbabit jenayah-jenayah kemanusiaan membabitkan ketenteraan maka panglima angkatan tentera tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong pastinya boleh tededah untuk didakwa dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Jadi itu kebimbangan (dizahirkan) baginda (Tunku Ismail)," katanya.
Khairul turut menyifatkan, kenyataan dikeluarkan Tunku Ismail dalam status Facebook baginda bukanlah suatu titah yang dibuat sembrono.
"Saya pasti baginda mendapat nasihat perundangan daripada sumber-sumber yang lain dan saya mengatakan bahawa apa yang diperkatakan TMJ itu adalah sebagai berasas.
"Oleh itu kerajaan kita yang ada sekarang ini perlu melihat balik adakah Peguam Negara kita efisien atau perlu digantikan dengan orang lain yang lebih memahami Perlembagaan Persekutuan," katanya.
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment