NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serangan Christchurch: Mangsa Terkorban Kini 49 Orang


CHRISTCHURCH – Angka kematian dalam serangan di Masjid Al Nooor, Christchurch, New Zealand telah meningkat kepada 49 orang demikian menurut laporan AFP.

Maklumat mengenai kejadian setakat ini seperti dilaporkan CNN:

Berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch.

Polis ‘mengepung’ bandar Christchurch sebagai maklum balas, termasuk sekolah dan bangunan kerajaan. Dalam masa beberapa jam, polis memaklumkan empat ditahan – tiga lelaki dan seorang wanita.

Dalam media sosial sebelum serangan, akaun dipercayai milik salah seorang penyerang menyiarkan pautan manifesto setebal 87 muka surat yang penuh dengan anti-pendatang, anti-Muslim dan penjelasan mengenai serangan.

Menurut Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, bom ditemukan pada kereta penyerang.

Salah seorang suspek bertindak menyiarkan serangan secara ‘livestream’.

Sedikit yang diketahui mengenai penyerang. Salah seorang disahkan warga Australia.

Ardern mengesahkan penyerang tidak berada dalam senarai pemerhatian keselamatan. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo