DOHA, 15 Rejab 1440H, Khamis – Sekumpulan ulama muslim Uyghur dari wilayah Xinjiang, China mendesak negara-negara Islam memberi tekanan kepada China supaya menghentikan 'perang kebudayaan' terhadap etnik senegara mereka.
Ketika lawatan ke ibu kota Qatar, Doha, pemimpin daripada Persatuan Ulama Muslim di Timur Turkistan (SMSET) yang berpangkalan di Turki menyatakan, Beijing terbabit dalam pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uyghur kerana cuba menghapuskan warisan budaya dan agama mereka.
"Kerajaan China sedang melancarkan perang budaya dengan cuba memaksa kita meninggalkan agama dan warisan, supaya menjadi ateis dan Komunis seperti majoriti masyarakat Cina yang lain," kata wakil SMSET, Abdel Khaleq Uighur.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan, lebih daripada satu juta etnik Uyghur dan muslim lain diletakkan dalam pusat tahanan besar-besaran di rantau barat China.
China bagaimanapun menafikan tuduhan melakukan penganiayaan ke atas Uyghur dan menganggap kritikan PBB sebagai campur tangan terhadap kedaulatan negaranya.
Pada bulan Januari, China meluluskan undang-undang baharu dalam usaha untuk 'mencinakan' orang Islam dalam tempoh lima tahun akan datang. – Agensi
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment