NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maxis, Huawei berkerjasama kembangkan teknologi 5G di Malaysia


KUALA LUMPUR: Syarikat komunikasi dan perkhidmatan digital terkemuka, Maxis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei untuk memperkembangkan teknologi 5G di Malaysia.

MoU yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama dalam sistem dan perkhidmatan 5G telah ditandatangani semasa 2019 Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, syarikat itu telah lama memulakan perjalanan 5G, memfokuskan pada percubaan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur rangkaian mereka untuk bersedia untuk masa depan di mana penyelesaian pintar menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian .

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan kongsi jangka panjang Huawei dalam percubaan 5G kami dan menjadi perintis dalam membawa teknologi terkini ke Malaysia sekali lagi.

"Pada Maxis, kami telah menjaga rangkaian kami dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi di Malaysia, dan kami berharap untuk memberikan inovasi 5G terbaik untuk kedua-dua pengguna dan perniagaan untuk masa depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Michael Yuan berkata, kerjasama itu membuktikan komitmen kedua-dua syarikat untuk masa depan 5G di Malaysia.

"Sebagai penyedia infrastruktur ICT yang terkemuka di dunia, Huawei komited untuk membantu Maxis mengembangkan sempadan perniagaan mereka dan mencari jalan untuk pertumbuhan baru  5G," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo