NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

80 ahli PAS Perlis sertai Amanah bohong


PAS ingatkan Amanah jangan main politik fitnah

ARAU 26 Feb. - PAS negeri ini menyelar Parti Amanah Negara (Amanah) yang didakwa berbohong mengenai penyertaan 80 ahli Pas Perlis ke dalam parti itu, pada Jumaat lalu.

Sebaliknya kata Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd. Shukri Ramli, didapati hanya dua ahli PAS yang menyertai Amanah dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub di Kampung Seberang Ramai di sini.

Katanya, mereka yang menyertai Amanah itu kebanyakkannya adalah bekas ahli UMNO.

"Berhubung berita yang tular di sebuah portal yang menyatakan seramai 80 orang penyokong PAS telah menyertai Amanah pada Jumaat lalu adalah tidak benar. Bekas Pengurus Besar PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) Lubuk Batu, Mansor Ismail yang menyerahkan borang keahlian baru itu adalah bekas ahli UMNO, bukannya daripada Pas.

"Manakala Nasaruddin Amran yang dikatakan mewakili 50 orang penyokong Pas dari Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis juga adalah bekas ahli UMNO. Ahli PAS yang menyertai Amanah hanyalah berjumlah dua orang iaitu dari Cawangan Seberang Alor, Kuala Perlis iaitu Wan Shaharudin Wan Ali dan Wan Shariman Wan Ali," katanya di sini, hari itu.

Justeru Mohd. Shukri mengingatkan kepemimpinan Amanah agar berhenti daripada terus mengamalkan politik fitnah kotor yang akhirnya akan memakan diri sendiri.- UTUSAN ONLINE

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/politik/80-ahli-pas-perlis-sertai-amanah-bohong-1.848853

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo